Jumaat, 10 Jun 2016

Usagi Drop

                                     
                                        

Assalamualaikum pada semua pembaca Dunia Anime Cik Moon, salam ramadhan al mubarak saya ucapkan. Kali ini, Cik Moon akan review satu anime ini yang bertajuk  Usagi Drop. Pada pendapat anda, kalaulah anda ada makcik yang beza 24 tahun muda dan anda kena jaga makcik tersebut, apa yang akan anda buat?? Ikuti kisah yang menarik dan mencuit hati ini.


Genre
Comedy, Drama, Slice of Life

Episod
11

Sinopsis
Apabila Daikichi yang berumur 30 tahun pulang dari pengebumian atuknya, dia mendapat tahu atuknya mempunyai anak yang berumur 6 tahun yang bernama Rin. Semua ahli keluarga menganggap Rin membawa malang. Daikichi rasa menyampah dengan sikap sedara maranya lalu mengambil dan menjaga Rin. Setelah Rin menjadi sebahagian daripada hidupnya, barulah Daikichi merasai kehidupan sebagai bapa tunggal.

Karakter

Daikichi Kawachi


-Berumur 30 tahun
-Menjaga Rin yang merupakan makciknya
-Seorang yang bekerja keras
-Pekerja terbaik di jabatan tempat dia kerja


Rin Kaga


-Berumur 6 tahun
-Anak kepada datuk Daikichi dengan seorang mangaka bernama Masako.
-Masako telah meninggalkan Rin dirumah atuk Daikichi demi mengejar cita-citanya menjadi seorang  mengaka.

Kouki Nitani


-Budak lelaki yang sama-sama taska dengan Rin. 
-Mula-mula dia tak nak berkawan namun lama kelamaan dia berkawan baik dengan Rin

Yukari Nitani


-Ibu kepada Kouki
-Berumur 32 tahun
-Membantu Daikichi dalam beri tips penjagaan anak-anak

Menarik ke Usagi Drop ni?
Bagi pendapat Cik Moon ada beberapa unsur yang baik ditonjolkan dalam anime ni,antaranya:


  • Sikap tanggungjawab
  • Perubahan sikap yang lebih baik
  • Kesabaran
  • Sentiasa mencari jalan penyelesaian
  • Kekeluargaan
1. Sikap Tanggungjawab
Yang ni memang jelas terpancar pada karakter Daikichi dimana dia sanggup menjaga Rin walaupun Daikichi belum berumahtangga. Ramai ahli keluarga lepas tangan dalam menjaga Rin kerana menganggap Rin sebagai membawa malang dalam keluarga mereka. 

2. Perubahan sikap yang lebih baik
Daikichi yang sebelum ni suka minum minuman keras, keluar dengan rakan-rakan telah meninggalkan segala tabiat ini setelah kemunculan Rin. Dia sentiasa berfikir tindakan dia akan mempengaruhi anak tersebut. Jadi dia harus menunjukkan contoh yang terbaik pada Rin.

3. Kesabaran
Rin seorang kanak-kanak yang keras kepala, ada saja yang Daikichi buat tidak kena dimatanya namun sikap kesabaran Daikichi telah membuatkan Rin mula patuh dan mengikut arahan Daikichi sehingga menganggap Daikichi seperti ayahnya sendiri.

4. Sentiasa mencari jalan penyelesaian
Daikichi yang belum pernah berumahtangga mengalami kesukaran dalam penjagaan kanak-kanak pada mulanya. Jadi Daikichi sentiasa mencari jalan penyelesaian dalam menghadapi masalah yang dialaminya. Dia akan sentiasa bertanya kepada rakan sekerjanya untuk mengetahui keperluan yang perlu ada. Selain itu, dia juga bertanya kepada ibu Kouki iaitu Yukari untuk mendapatkan tips penjagaan anak-anak. 

5. Kekeluargaan
Anime ni memang fokus pada kekeluargaan. Daikichi sanggup menjaga Rin yang mana seluruh ahli keluarga membenci kewujudannya dan mereka hendak menghantar Rin ke rumah anak yatim. Daikichi tidak sanggup melihat anak kecil tersebut diperlakukan demikian kerana Daikichi tahu keluarga amat penting dalam kehidupan.

Anime ni memang sesuai untuk tontonan semua peringkat umur tak kira tua atau muda. Untuk peminat ecchi harap maaf sebab anime ni tiada elemen ecchi. hehehehe.. jangan marah ye. Dari sudut perkembangan cerita, Usagi Drop ini berkembang agak perlahan namun bila da sampai pertengahan cerita, memang menarik untuk kita tengok. Bagi Cik Moon sendiri, agak kagum juga bila ada cerita macam ni, membuka mata yang mana seorang lelaki bujang sanggup nak menjaga anak kecil. Yelah seperti yang kita tahu nak menjaga anak perlukan komitmen yang tinggi. Sekurang-kurangnya anime ini menyangkal yang lelaki bujang tidak boleh membesarkan kanak-kanak.. cewaahh~~ 

Baiklah sampai disini sahaja coretan Cik Moon semoga ketemu lagi.. 
                                               

Nota Kaki
Sumber gambar adalah dari google image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan