Hai to Gensou No Grimgar
Assalamualaikum, Mac telah tiba..apa khabar semua~~ Kali ni Cik Moon nak review sikit mengenai satu anime ni.. Anime ni saya dapat tau dari kenalan saya, saudara Luqman. Setelah tengok sampai episod terkini. Anime ni mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dimana setiap karakter mempunyai watak yang tersendiri yang perlu dimainkan agar anime ini dapat dipertontonkan dengan baik kepada penonton. Mula-mula ingat citer ni macam Sword Art Online rupa-rupanya berbeza sama sekali.
Genre
Adventure, drama, fantasy
Sinopsis
Haruhito tersedar dalam keadaan sekeliling yang gelap gelita, Apabila dia bangkit, dia tidak tahu dari mana dia datang, dimana dia berada seolah-olah lupa ingatan namun dia masih ingat nama dia, Selain daripada itu, terdapat beberapa orang yang turut mengalami keadaan sama seperti Haruhito atau dikenali sebagai Haru. Haru dan beberapa orang tersebut telah bergabung menjadi satu kumpulan dan menjalani kehidupan ibarat 'game' di dunia yang dikenali sebagai Grimgar tu. Mereka bersama- sama berlawan selain mempelajari jurus baharu untuk meneruskan hidup.
Karakter
Nama: Haruhito
Kelas: Thief
Stail Kombat: Jarak Dekat
|
Nama: Manato
Kelas: Priest
Kombat: Jarak Dekat, kebanyakkan 'cure' rakan-rakan
|
Nama: Ranta
Kelas: Dark Knight
Stail Kombat: Jarak Dekat, ada seru demon
|
Nama:Moguzo
Kelas: Swordsman
Stail Kombat: Jarak Dekat, guna pedang besar
|
Nama;Yume
Kelas : Hunter
Kombat: Jarak dekat dan jauh, guna bow dan dagger
|
Nama Shihoru
Kelas: Magician
Stail Kombat: Jarak Jauh, menggunakan ilmu 'shadow' dalam perlawanan
Adakah mereka semua ditetapkan dengan kelas masing-masing?
Jawapannya tidak, mereka semua terpaksa memilih dan menjalani latihan sehingga diluluskan oleh ketua kelas. Memang kelakar tengok mereka berlawan dengan goblin pertama sebab semua masih kekok dengan keadaan sekeliling, Namun ada seorang yang menunjukkan gaya kepimpinan yang tinggi, Manato si priest. Manato berjaya membantu menaikkan semula semangat rakan-rakannya. Haruhito mempunyai satu instinct yang mana dia mampu melihat satu arus dalam dia berlawan dengan musuh. Arus tersebut mampu membantu Haruhito membunuh musuh yang ada didepan mata.
Apa yang menarik?
Anime ni mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri, ada yang mengatakan anime ni seumpama SAO.. mungkin konsep adventure yang ala bermain MMORPG.. tapi kalau dari segi cerita dan karakter amat berbeza. Karakter dalam anime nampak lebih dinamik dan mempunyai sikap yang tersendiri. Terutama karakter utama iaitu Haru, dia sering bermonolog dan berfikiran tentang apa yang harus dilakukan terutama bila ketiadaan ahli yang penting, walaupun pada mulanya karakter Haru nampak lemah, namun perubahan berlaku apabila selepas episod 4. Pada pemain MMORPG pasti anda akan menyukai anime ini. Perkembangan karakter juga berlaku walaupun agak perlahan. Setiap karakter mempelajari skil dan teknik yang baru untuk digunakan dalam perlawanan.
Penukaran Ahli
Dalam anime akan ada penukaran ahli anggota..Hal ini kerana Minato telah terkorban semasa mereka semua dalam membuat Quest Goblin. Kehilangan Minato sangat dirasai oleh semua ahli kumpulan. Yang paling terasa kehilangan Minato adalah Haruhito sendiri dan Shihoru. Bagi Cik Moon la, kalau si Minato ni masih hidup mesti dia akan bersama dengan Shihoru sebab kita boleh nampak yang Minato cuba mendekati Shihoru (dengan cara baik la)..hehe.. Shihoru pun sama juga, tengok gaya dia macam ada perasaan kat Minato. Tapi apakan daya, watak Minato berakhir dengan kematian.
Oklah sampai sini saja coretan Cik Moon semoga ketemu lagi~~ tata titi tutu
Nota Kaki
Sumber gambar diatas adalah dari google image.
macam SOA
BalasPadamyup mcm SAO tpi plot dia berbeza dari SAO
Padam