Assalamualaikum, salam ramadan. pejam celik da masuk minggu ke-3 kita menunaikan ibadah puasa. Harap semua pembaca Dunia Anime Cik Moon dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik. Baiklah berbalik pada review anime, kali ini saya akan review anime yang bertajuk Wolf Children. Wolf Children adalah movie anime yang disiarkan pada tahun 2012 oleh studio Madhouse.
Genre
Drama, supernatural, romance
Tema
Kekeluargaan, Serigala
Durasi
1 jam 57 minit
Sinopsis
Hana yang berumur 19 tahun telah jatuh hati pada seorang lelaki yang merupakan serigala jadian. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yuki dan Ame. Mereka tidak bercampur dengan komuniti setempat di bandar dek kerana tidak mahu rahsia mereka terbongkar. Namun kecelakaan berlaku, apabila lelaki serigala jadian itu meninggal dunia ketika sedang memburu makanan untuk Hana yang dalam proses sembuh selepas bersalin anak mereka yang kedua iaitu Ame. Bermulalah kisah Hana sebagai ibu tunggal membesarkan anaknya selama 13 tahun yang mana kisah ini diceritakan oleh anaknya (yuki jadi penglipur lara).
Karakter
- Nama: Hana
- Seorang pelajar universiti semasa dia jatuh cinta dengan lelaki serigala jadian
- Kuat semangat
- Penyayang
- Suka membaca buku
- Penyabar selain berusaha untuk membesarkan Yuki dan Ame
- Nama: Yuki
- Anak yang pertama
- Seorang yang ceria, bertenaga,
- Boleh bertukar menjadi serigala
- Suka dengan alam sekitar semasa kecil namun berubah bila meningkat remaja
- Nama: Ame
- Anak yang kedua
- Seorang yang pendiam
- Tidak suka akan alam sekitar namun berubah bila meningkat remaja
- Boleh bertukar menjadi serigala
- Nama: Tak diketahui
- Lelaki serigala yang mencintai Hana
- Bapa kepada Yuki dan Ame
- Bekerja keras menyara keluarga
- Suka membaca buku
Menarik ke cerita ni?
Bagi Cik Moon, cerita Wolf Children sangat menarik terutama dari sudut jalan ceritanya. Wolf Children memfokuskan kekeluargaan yang mana mempunyai keistimewaan dimana mampu bertukar menjadi serigala. Untuk makluman semua, ayah kepada Yuki dan Ame adalah waris tunggal kepada generasi serigala jadian ini, tetapi setelah berkenalan dengan Hana maka generasi serigala jadian ini dapat diperturunkan kepada Yuki dan Ame.
Pada mulanya agak perlahan cerita ni, tapi masuk pertengahan terutama masa kematian ayah mereka, plot cerita berkembang dengan baik. Paling Cik Moon suka bila Yuki dan Ame meningkat remaja, memang nampak perubahan dari segi sikap dan tingkahlaku. Selain itu, mereka juga membuat keputusan tentang apa yang mereka mahukan iaitu sama ada hendak menjalani kehidupan manusia atau menjalani kehidupan serigala.
Yang menarik perhatian saya juga ialah pemandangan terutama alam sekitarnya yang terdiri daripada gunung-ganang, flora dan fauna sangat cantik untuk dilihat.
KenakalanYuki dan Ame memang membuatkan cerita ni terserlah kecomelannya. Habis satu rumah kalau mereka dua buat hal. Memang Hana punya tahap kesabaran level tinggi.. Hehehe
Nilai-nilai yang diterapkan
- Kesabaran
Hana sangat penyabar dalam mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal untuk membesarkan 2 anaknya yang berbeza dari kanak-kanak normal kerana Yuki dan Ame boleh berubah menjadi serigala. Disebabkan ini, Hana terpaksa berpindah ke pedalaman supaya kejadian anak-anaknya ini tidak diketahui oleh sesiapa. - Mencuba sesuatu yang baru
Ketika bercucuk tanam, pelbagai teknik Hana gunakan hasil daripada buku yang dibaca. Selain itu, Hana juga mendapat tunjuk ajar daripada orang kampung untuk bercucuk tanam dan dia mengikut apa jua yang diajar padanya. - Memberi sokongan pada anak-anak
Hana adalah seorang ibu yang sentiasa memberi sokongan pada anak-anak. Terutama dalam keputusan anak-anak mereka sama ada hendak meneruskan kehidupan sebagai manusia atau sebagai serigala. Bagi Hana. masa depan tersebut bergantung pada anak itu sendiri untuk mereka menjadi apa yang mereka mahu. - Kasih sayang
Nilai kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya. Hana tidak pernah mengeluh atau menghina anak-anak istimewanya bahkan dia membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang serta menyediakan segala keperluan.
Animasi ini merangkul beberapa anugerah dalam Jepun serta antarabangsa. Antaranya:
- Japan Academy Prize for Animation of the Year
- Mainichi Film Award for Best Animation Film
- 2 anugerah di Oslo Film from the South di Norway
- New York International Children's Film Festival untuk Audience Award
- Home Media Magazine untuk Best Anime Disc
Sampai disini sahaja coretan Cik Moon, semoga ketemu lagi~
Nota Kaki
Sumber imej adalah daripada Google Image
Tiada ulasan:
Catat Ulasan