Ahad, 31 Julai 2016

Danna Ga Nani


Assalamualaikum, apa khabar semua~ Tak sangka cepat masa berlalu nak masuk bulan Ogos pulak. harap semua pembaca Dunia Anime Cik Moon berada dalam keadaan sihat walafiat. Anime kali ini yang dipilih adalah Danna Ga Nani atau nama penuhnya Danna Ga Nani O Itteiru Ka Wakaranai Ken (I Cant Understand What My Husband is Saying). Cerita ni sangat menarik bagi saya. Jum kita teruskan membaca.

Genre
Comedy, Slice of Life

Episod
Season 1 (13episod)
Season 2 (13 episod)

Durasi
15 minit per episod

Sinopsis
Kisah ini berkaitan kehidupan pasangan suami isteri, Kaoru dan Hajime. Kaoru seorang wanita yang bekerja di pejabat dan suaminya, Hajime seorang Otaku tegar. Anime ini memaparkan kehidupan seharian antara wanita normal yang hidup bersama seorang otaku. Banyak perkara baharu terutama terma-terma otaku yang dipelajari.


Karakter




  • Nama: Kaoru
  • Seiyuu: Yukari Tamura
  • Isteri kepada Hajime. 
  • Berumur 25 tahun
  • Sedang menyesuaikan diri bersama kehidupan otaku

  • Nama: Hajime
  • Seiyuu: Kenichi Suzumura
  • Suami kepada Kaoru
  • Berumur 23 tahun
  • Seorang Otaku dan memulakan pekerjaan sebagai blogger. Kini bekerja sebagai Web Designer

Apa yang menarik?
Masa mula-mula diperkenalkan anime ni oleh Kawaii Titan(bukan nama sebenar), ingat macam tak berapa menarik. Yelah dengan nama tajuk yang panjang, susah kot nak menyebutnya. Jadi persepsi mula-mula tu memang tidaklah tinggi. Tapi selepas tengok episod satu, memang rasa teruja sangat sebab jalan ceritanya yang menarik dan sweet. 

1. Kehidupan bersama dengan seorang Otaku
Inilah yang dihadapi oleh Kaoru apabila berkahwin dengan pemuda yang Otaku (peminat anime, game, figura). Pada mulanya, Kaoru mengalami kejanggalan, yelah tidak memahami sesetengah ayat suaminya yang suka mengaitkan dengan anime atau game. 

Di hari perkahwinan mereka

2.Menerima dengan baik perubahan yang berlaku
Walaupun Hajime seorang otaku, Kaoru tidak pernah menyuruh suaminya meninggalkan minat yang dia sukai. Kaoru berusaha untuk belajar memahami dan Hajime juga cuba memperbaiki kehidupannya dengan mencari pekerjaan yang tetap. Akhirnya dia berjaya bekerja sebagai Web Designer

3.Sabar dengan perangai suami
Kaoru yang normal memang bersabar dengan perangai suaminya yang kadang-kadang agak keterlaluan apabila bercakap mengenai anime, game atau figura. Hajime juga suka mengaitkan anime-anime dalam percakapan mereka seharian. haha.. siap ada parodi lagi.



Waifu memang wajib ada bagi peminat anime lelaki
Parodi Evangelion pun ada. Hahaha

4.Komedi
Anime ni memang banyak meletakkan unsur komedi. Selain daripada itu, unsur romantik juga diterapkan almaklumlah anime ni pasal pasangan yang berkahwin. Memang sweet lah..Tapi tak dinafikan tak kering gusi dengan kisah tambahan ( kisah kawan-kawan mereka berdua yang turut mengalami penyesuaian diri dengan pasangan masing-masing)

5.Menasihati dan Memperbaiki diri
Kaoru seorang perokok dan peminum alkohol tegar. Disebabkan sikapnya itu, Kaoru boleh berubah sikap jika dia didalam keadaan separa sedar (pengambilan alkohol yang banyak).   Hajime sangat risau lagi-lagi isterinya mengandung dan dia telah mula menasihati isterinya dan sedikit demi sedikit Kaoru berubah untuk menjadi isteri dan ibu yang baik. 




6. Durasi episod
Durasi episod yang pendek dimana 1 episod adalah 15 minit. Memang memudahkan dan menjimatkan masa (bagi saya la). Walaupun durasi episod singkat tapi mesej dapat disampaikan dengan baik. 

Akhir kata
Cik Moon rasa anime ni sangat sesuai ditonton oleh semua, lagi-lagi pasangan yang mengalami situasi yang sama seperti Kaoru dan Hajime. Kehidupan seorang wanita yang bukan otaku bersama seorang lelaki yang otaku. Baiklah sampai disini sahaja coretan kali ini. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca. :D

Nota Kaki
Sumber imej dari Google Imej

Tiada ulasan:

Catat Ulasan