Isnin, 22 Februari 2016

Gangsta

                                                     

Assalamualaikum, salam sejahtera
 Hari ini cik moon nak review mengenai anime Gangsta, anime ni berkisahkan dua orang lelaki yang bekerja sebagai Handymen di Ergastulum. Seorang bernama Nicholas (pekak) dan Worrick( yang pakai eyepatch tu). Suatu hari, diorang selamatkan seorang pelacur hitam manis bernama Alex. Sejak hari tu, Alex telah bekerja sebagai pembantu untuk dua handymen ni. Apa tugas handymen ni? macam-macam mereka buat dari kena perbaiki bangunan, hantar barang sehinggalah tugasan membunuh, Yup, membunuh! Episod pertama dah ada babak pembunuhan..hehe memang ganas..





Teknik Lukisan

 Dari segi teknik lukisan menampakkan pelukis lebih kepada karakter lelaki..yang sangat macho dan cool,, suka betul kat nicholas,,,lelaki nampak maskulin dan karakter perempuan biasa sahaja tidak terlampau terperinci.. Kalau lukisan bandar, kita bole nampak pelukis mengambil kota seperti di Mexico atau Sepanyol sebagai setting anime ni,. bukan tu sahaja nama karakter juga suda menunjukkan warga ala2 sepanyol dan mexico. Kembali kepada teknik lukisan, pelukis tidak memfokus lukisan bangunan mahupun alam, dalam Gangsta, bagi pendapat Cik Moon la, pelukis banyak tertumpu pada karakter. Anatomi karakter lelaki memang cantik berbanding karater perempuan. Dari segi fesyen, Gangsta tidak begitu fokus pada perincian dari segi pemakaian, walaubagaimanapun fesyen yang terdapat dalam anime ni adalah kemas. 


Babak Lawan
 Dalam gangsta, babak perlawanan agak menarik apabila nicholas yakni seorang tag (kena tengok anime untuk pemahaman mengenai tag) mampu berlawanan dengan tangkas bersama pedangnya. Manakala Worrick sangat licik dalam mendapatkan info mengenai musuh mereka dan dia ada keupayaan mengingat yang sangat kuat. Mengenai babak perlawanan lagi, gangsta mempamerkan aksi yang sangat menarik. Masa Cik Moon tengok bukan yang censored jadi memang agak kejam jugalah aksi bertarung tu. Syiok tengok babak bunuh-membunuh (haa~ anda semua jangan pulak nak tiru aksi dalam anime ni, tak elok tau~). Disini, kerjasama sepasukan memang ditonjolkan oleh Nicholas dan Worrick. Nicholas lebih tertumpu pada pertarungan manakala Worrick akan tertumpu dalam mengumpul maklumat. Disebabkan mereka ini handymen, mereka hanya melakukan kerja apabila mendapat tugasan namun Nicholas kadang-kadang keras kepala sikit menyebabkan tugasan tersebut kadang-kadang tidak berjalan seperti yang dirancangkan.


Nicholas baru nak panaskan badan. 


Apa lagi yang menarik?

 Gangsta selain aksi ada juga unsur lain yang membawa penonton melihat kesan kurangnya kasih sayang seorang ayah kepada anak. Nicholas dan Worrick masing-masing mempunyai kisah silam yang sedih. Sedih yang bagaimana? Nicholas dan Worrick telah diabaikan oleh ayah mereka sendiri. Ayah masing-masing tidak mengiktiraf mereka sebagai anak. Worrick telah dibesarkan dalam keluarga mafia yang sangat berpengaruh di Ergastulum. Namun kehidupan Worrick tidaklah seperti kanak-kanak lain sampailah dia bertemu dengan Nicholas. Pada mulanya Worrick tidak tahu yang Nicholas tu pekak. Lama-kelamaan barulah dia tau keadaan fizikal Nicholas. Worrick mempunyai satu kelebihan berbanding orang lain. Hal ini kerana Worrick mampu menghafal apa yang dibacanya. Satu buku dia bole hafal siap dengan muka surat lagi. Apabila Worrick dewasa, kelebihan ini digunakan bila hendak mengingati muka2 orang yang mereka berselisih atau jumpa. Nicholas pula juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Nicholas mempunyai daya ketahanan yang sangat tinggi. Dia mampu berlawan walaupun keadaan dirinya yang cedera parah. 

Gangsta harus ditonton.

Anime Gangsta harus ditonton kerana anime ni sangat menarik dari segi storyline dan karakter, Anime secara jujur la, Cik Moon rasa sesuai untuk tontonan dewasa sebab budaya dan sikap yang dipamerkan tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak. Jadi para pembaca yang ada adik, anak sedara atau anak yang dibawah umur 12 tahun kebawah, janganlah bagi mereka tengok anime ni. hahaha.. Kematangan karakter menarik perhatian Cik Moon sendiri. Dalam anime ni, watak utama sudah tahu apa tugas mereka dan mampu menjalankan tugas dengan baik. Memang kuat semangat berpasukan mereka ni. Yang ni bole la kita terapkan dalam kehidupan kita,,hehehehe, 

Baiklah sampai sini saja catatan Cik Moon..Jumpa Lagi~~ :D

Nicholas dan Worrick. 
sumber dari Google Image




3 ulasan:

  1. agak2 cik moon... gangstar ni ade season 2 x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. x pasti lagi sebab, studio produksi dia da bankrap..tapi manga dia masih ongoing :)

      Padam
  2. betul2... hero dia pun matang dalam atasi masalah..

    BalasPadam