Jumaat, 26 Februari 2016

Noblesse: Awakening



Noblesse: Awakening     

"Noblesse" merupakan hasil nukilan penulis Son Jae Ho dan pelukis Lee Gwang Su pada 2007. Versi anime telah dikeluarkan pada 4 Februari 2016. Cadis Etrama Di Raizel atau Rai, seorang pontianak Noblesse telah bangkit dari tidur yang lama iaitu selama 820 tahun. Kini Rai telah tinggal bersama dengan pengikut setianya, Frankenstein untuk memahami dan bergaul dengan manusia biasa. Disebalik ketenangan Rai, terdapat gangguan daripada organisasi Union untuk mengambil Rai semula.

Genre
Supernatural, Shounen, Mystery, Action, Comedy


Apa tu Noblesse? 
Kalau ikutkan Noblesse ini pontianak yang paling kuat antara semua pontianak. Ibarat raja yang memerintah rakyat gitu. hehehe.. Tapi yang membezakan Noblesse dengan pontianak yang lain selain pangkatnya adalah kuasa yang ada padanya. Kalau kita tengok episod pertama dalam OVA dia, Rai hanya perlu berkata dan mengarahkan lawannya untuk tunduk kepadanya. Masa tu, rakan sekolah Rai telah diculik dan Rai hendak menyelamatkan mereka. Dengan tubuh badan yang baru bangkit dari tidur yang lama, Rai tetap steady dalam menyelamatkan rakan sekolahnya. Kekuatan seorang noblesse tidak perlu disangkal apabila mampu menewaskan musuh tanpa perlu berlawan. Musuh dapat dikalahkan dengan sekelip mata. Namun masa Rai nak selamatkan rakan-rakannya, Rai telah menjampi mereka agar mereka tidur dan adegan pertarungan tersebut tidak dapat mereka saksikan. Identiti Rai sebagai seorang Noblesse juga dirahsiakan. Segala makhluk demon sangat takut dengan Noblesse kerana kekuatan dan kuasanya itu.

                             
                                            Rai versi anime: Wow kacaknya... >.<

Komedi ke?
Hmm.. kalau tengok OVA ni sebenarnya tidak menonjol sangat lawaknya. Hal ini disebabkan durasi dalam OVA adalah pendek. Oleh sebab demikian, tidak banyak babak yang dapat diselitkan dalam OVA tersebut. Kalau nak tau samada Noblesse ni lucu atau tidak, anda boleh membaca manhwan Noblesse. Di manhwa tersebut, memang ada lawak yang disampaikan oleh pelukis kepada pembaca. Memang lawaklah bila kita tengok gelagat Rai yang berusia beratus tahun terpaksa menjadi remaja dan bergaul dengan manusia yang usia remaja. Pada mulanya Rai sangat kekok almaklumlah, tidur lama sangat..hehe, banyak Rai pelajari semasa di sekolah tersebut. Pelbagai ciri-ciri manusia zaman kini yang harus dipelajari oleh Rai, pening kepala dibuatnya. Nasib baik ada pembantu yang sangat setia iaitu Frankenstein yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada Rai.


Noblesse harus ditonton

Bagi peminat manhwa noblesse, mereka wajib menonton versi anime ini, namun terdapat beberapa kekurangan dalam versi anime kerana ia adalah OVA. Terdapat beberapa babak dalam manhwa yang tidak dapat disiarkan dalam anime. Apapun storyline Noblesse menarik ditambah dengan karakter yang kacak..hehehehe



Rai dengan Frankenstein


Baiklah sekian dari Cik Moon, jumpa lagi~





Tiada ulasan:

Catat Ulasan