Khamis, 10 Mac 2016

Boku Dake Ga Inai Machi (ERASED)


Assalamualaikum,
Kali ni Cik Moon nak review sikit anime yang bertajuk Boku dake ga inai machi atau ERASED. Anime ni merupakan yang popular semasa ia disiarkan dulu. Ramai yang mengatakan bahawa anime ini antara yang terbaik pada musim tersebut. Hal ini kerana teknik penceritaan, watak dan perkembangan cerita agak unik dan berbeza dengan anime sebelum ni.

Genre

Psychological, thriller, drama, mystery, seinen

Pengenalan

Citer ni adalah hasil manga daripada Kei Sanbe, yang mana telah diadaptasi ke anime pada awal Januari 2016 oleh produksi A-1 Pictures dan diadaptasi menjadi live action movie pada 19 Mac 2016.


Sinopsis

Ia mengisahkan Satoru Fujinuma, seorang lelaki berumur 29 tahun bertungkus lumus ingin menjadi mangaka yang memiliki kuasa kembali ke saat sebelum kejadian yang meragut jiwa. Kuasa ini digelar Revival oleh Satoru Fujinuma sendiri. Selalunya kuasa ini hanya berlaku beberapa saat atau minit namun telah berlaku satu kejadian (ketika dirumah Satoru dewasa) dan seterusnya menyebabkan Satoru Fujinuma telah kembali semula ke tahun 1988 (sekolah rendah) dan terpaksa menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Hinazuki Kayo daripada terbunuh demi mengubah masa depan (Satoru dewasa)


Satoru Fujinuma (29 tahun)
Bekerja sambilan menghantar piza
Pendiam
Memiliki kuasa luarbiasa yang dipanggil Revival


Airi Katagiri
Rakan sekerja Satoru Fujinuma di Restoran Pizza
Menyaksikan Satoru menyelamatkan kanak-kanak yang hampir terbunuh di lampu isyarat semasa hendak menghantar pizza,
Seorang yang ceria


Hinazuki Kayo (11 tahun)
Pendiam
Tidak ramai kawan
Bakal terbunuh jika Satoru (29 tahun) tidak menghalangnya.

Kayo dan Satoru

Airi

Satoru dewasa



Menarik ke anime ni?

Hmm...bagi Cik Moon, anime ni ada keunikannya yang tersendiri, jalan cerita dia ditulis dengan kemas, Episod 1 dah membuatkan kita rasa tertarik kerana storyline yang agak berbeza dengan anime lain. Paling mendebarkan apabila kejadian dirumah Satoru, saya masih tidak sangka ia berlaku, agak sedih juga dengan babak tersebut, seterusnya kita dapat lihat Satoru kembali ke tahun 1988 dan dalam bentuk fizikalnya waktu ketika itu (macam roh Satoru dewasa masuk badan Satoru kecil). Anime ni juga membuatkan kita terfikir siapa dalang pembunuhan Hinazuki Kayo serta dalang pada babak dirumah Satoru dewasa, terdapat beberapa klu yang ditonjolkan, apapun tugas Satoru kembali ke tahun tu adalah untuk mengubah masa depan dengan menyelamatkan Hinazuki daripada terbunuh. Dari segi grafik, memang cantik terutama babak "Christmas Tree'.

Konsep Cerita 

Seperti yang dikatakan pada awal tadi, konsep cerita lebih kepada time travel, yang mana Satoru akan kembali ke masa sebelum berlakunya kemalangan. Jadi apabila sekembalinya Satoru ke detik itu, Satoru kena pastikan punca agar kemalangan tersebut tidak berlaku. Segala tindakan kena pantas. Apabila kematian ibu Satoru berlaku, Satoru telah kembali semula ke zaman sekolah rendahnya. Ketika ini, Satoru perlu menyelesaikan beberapa kes pembunuhan bersiri.. Satoru perlu memastikan mangsa pembunuhan diselamatkan daripada dibunuh oleh pembunuh bersiri tersebut. Dalam anime ini, rakan Satoru sangat memberi sokongan kepada Satoru, semangat setia kawan dipamerkan dengan baik dalam anime ini. 




Live action movie

Disini Cik Moon sertakan 2 gambar live action dia





haa...amacam?? bagi Cik Moon macam menarik je movie ni..lagi-lagi pelakon lelaki Satoru dilakonkan oleh  Tatsuya Fujiwara..ohoho..Buat masa sekarang, Cik Moon masih belum lagi tengok movie live action ni, orang kata apa, belum ada kesempatan. Hehehe... tapi tengok trailer dia di 

Baiklah sampai sini saja entri Cik Moon, jumpa lagi di entri yang seterusnya~~


Nota Kaki
Sumber gambar dari Google Image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan