Ahad, 20 Mac 2016

Zankyou No Terror (Terror In Resonance)



Assalamualaikum, salam sejahtera kepada pembaca.. Apa khabar semua? Jepun diserang pengganas???  Entri kali ni Cik Moon akan memberi review mengenai anime Zankyou No Terror. Anime ni tidaklah begitu popular tapi bagi Cik Moon, anime ini patut ditonton kerana ia mampu membuka mata dan minda kita terhadap sikap, perlakuan kita seharian.  

Pengenalan

Anime ini telah diarahkan oleh Shinichiro Watanabe, lakaran karakter oleh Kazuto Nakazawa dan muzik daripada Yuko Kanno. Anime ini ada 11 episod pada Julai 2014.

Genre

Drama, Misteri, Thriller

Sinopsis

Suatu hari di musim panas, bandar tokyo telah dikejutkan dengan serangan pengganas. Hanya satu bukti yang dapat mengenal pasti dalang pengeboman tersebut yang mana disiarkan di laman internet oleh dua pemuda yang dikenali sebagai SPHINX. Sphinx dianggotai oleh 2 orang pemuda iaitu Nine dan Twelve. Pihak berkuasa terpaksa berlawan dengan Sphinx melalui menjawab teka teki yang diberikan. Jika berlakunya kesalahan oleh pihak berkuasa terhadap jawapan tersebut maka Sphinx akan meletupkan bangunan yang disasarkan oleh Sphinx. 

Karakter


Nine
Alih Suara: Kaito Ishikawa
Seorang pemuda yang sangat berahsia dan mempunyai matlamat yang tersendiri.
Menggunakan nama Arata Kokonoe (masa dia disekolah)
Merupakan mastermind dalam tragedi pengganas di Tokyo
Mahir buat bom
Handsome kan?? hoho




Twelve
Alih Suara: Soma Saito
Seorang pemuda yang ceria, bersifat kebudak-budakan
Sentiasa dengan Nine. Mahir dengan motorsikal dan menghilangkan dari CCTV
Mahir dengan membuat bom tangan
Menggunakan nama Toji Hisami (masa disekolah)



Lisa Mishima
Alih Suara; Atsumi Tanezaki
Sama sekolah dengan Nine dan Twelve, Masalah dalam diri dan keluarga Lisa menyebabkan dia menjadi seorang introvert namun telah diselamatkan oleh Nine dan Twelve yang mana membawa Lisa ke dunia sebenar serta mengubah takdir dirinya.



Kenjiro Shibazaki
Alih Suara: Shunsuke Sakuya
Salah seorang ahli Jabatan Polis Metropolitan Tokyo.
Pernah berada dalam bahagian penyiasatan.
Karakter yang sangat menarik, walaupun nampak macam tak terurus namun dia mampu menyelesaikan kes dengan baik. Skill penyiasatan dia memang hebat.



Five
Alih Suara: Megumi Han
Watak antagonis dalam anime ni
Merupakan agen FBI
Seorang hacker
Mempunyai hubungan dengan Nine dan Twelve.
Paling kelakar part dia cakap omputeh..

Nine, Lisa dan Twelve
Shibazaki

Five



Apa yang menarik?


Bagi saya, anime ni sangat menarik dengan jalan ceritanya yang tersendiri. Paling menarik ketika kemunculan Sphinx di internet.. Sphinx mencabar pihak polis untuk menyelesaikan teka teki..kalau pihak polis tidak berjaya maka akan ada pengeboman yang berlaku,




hoho..Sphinx da muncul~~  mari kita berteka teki~~ masa ni memang perah otak para anggota penyiasat nak selesaikan puzzle.. disini lah Kenjiro Shibazaki mainkan peranan beliau. Kalau kita tengok keadaan Kenjiro macam tak sesuai menjadi seorang detektif dengan keadaan diri yang tak terurus tetapi bak orang dulu-dulu kata "dont judge the book by its cover", Kenjiro sahaja yang mampu menyelesaikan puzzle yang diberikan oleh Sphinx tu.
Seterusnya, babak di lapangan terbang.. disini penonton akan berasa debaran sebab adanya kemunculan Five yang mana dia mencabar Nine untuk mencari bom ibarat perlawanan catur~
Sape yang minat ala-ala detektif, memang sesuai tengok anime ni.. Anime Zankyou No Terror akan mencabar minda kita terutama dalam menyelesaikan teka teki oleh Sphinx.. saya sendiri mencuba selesaikan teka teki,,tapi tak berjaya pula.. adeh~~ (>_<) haha lucu kan,

Ketamakan pemerintah

Dalam anime ini, ia mempamerkan sikap pemerintah yang tamak. Mereka sanggup mempergunakan anak yatim demi mencapai keuntungan. Anak-anak tersebut termasuklah Nine, Twelve dan Five. Kesemua anak yatim terpilih ini akan menjalani ujian serta dijadikan bahan ujikaji demi mencipta insan yang genius. Anak-anak ini diberikan ubat sesiapa yang tak mampu bertahan akan berakhir dengan kematian. Five telah diambil oleh pihak FBI Amerika dan dijadikan sebagai pegawai FBI. Nine dan Twelve melarikan diri dari tempat tersebut dan menjalani kehidupan seperti orang biasa. Namun mereka kehidupan mereka berdua tidaklah seperti orang lain yang bahagia. Kesan ketamakan pemerintah untuk memperoleh sesuatu menyebabkan kesengsaraan pada kehidupan insan lain.

Muzik

Ingin saya katakan susunan lagu, latarbelakang muzik, lagu pembukaan dan penutup sangat menarik dan unik bagi Cik Moon. Pengarah muzik dalam anime, Yuko Kanno memang tidak asing dalam dunia muzik anime. Lagu-lagu yang dihasilkan sangat menusuk jiwa, dan mindblown kerana dengan muzik tersebut jika dihayati mampu membuatkan kita berasa di tempat yang lain. Ibarat kita berada dalam anime tersebut. 

Kata Akhir

Zankyou No Terror mempunyai perkembangan plot dan karakter yang baik. Pada mulanya cerita ni agak perlahan tapi percaya pada saya, apabila munculnya Sphinx, keadaan akan berubah dan membuatkan anda ternanti-nanti apa yang bakal berlaku dalam percaturan yang dilakukan. Hehehe.. Selain itu, anime ni membuka mata kita mengenai ketamakan manusia dalam memperoleh kuasa, memperalatkan anak yatim untuk mencapai objektif kotor manusia dan menghargai kehidupan.
Baiklah sampai sini saja dari Cik Moon~ terima kasih kerana membaca :)



Nota Kaki

Sumber Gambar dar google image


Tiada ulasan:

Catat Ulasan