Sabtu, 21 Mei 2016

Shingeki no Bahamut


Assalamualaikum, salam sejahtera. 
2 minggu Cik Moon berehat dari menulis blog,Kali ni Cik Moon nak review anime yang bertajuk Shingeki no Bahamut. Mari kita teruskan~

Genre
Fantasy, Action, Adventure

Episod
12

Sinopsis

Mistarcia adalah sebuah dunia magik dimana manusia,gods dan demons hidup bersama. Suatu msa dahulu terdapat seekor raksasa hitam bersayap perak yang dikenali sebagai Bahamut telah mengugut untuk musnahkan dunia tersebut tetapi manusia telah bergabung dengan gods dan demons mengetepikan segala perbezaan mereka untuk melawan dan mengunci Bahamut. Kunci tersebut telah dipisahkan 2 bahagian dan diberikan kepada gods dan demons agar mereka tidak bersatu dan Bahamut tidak dapat dilepaskan. Setelah 2000 tahun berlalu, dunia Mistarcia berada dalam keadaan aman sehinggalah munculnya seorang wanita ang telah mencuri separuh kunci. Pemburuan berlaku untuk pencuri tersebut dan mengekalkan seal bahamut namun terdapat juga orang lain yang ingin mendapatkan kunci tersebut demi melepaskan Bahamut tersebut.

Karakter

Nama: Favaro Leone
Seiyuu: Hiroyuki Yoshino
Favaro seorang bounty hunter, suka melanggar peraturan selain tu dia juga seorang yang lucu. 

Nama: Kaisar Linfald
Seiyuu: Go Inoue
Kaisar ni seorang yang skema. Tidak berapa suka dengan Favaro, sering bergaduh kalau berjumpa.

Nama: Amira 
Seiyuu: Risa Shimizu
Demon yang mencuri separuh kunci dari tempat Gods. Mengikut Favaro untuk berjumpa ibunya. Amira ni special sikit sebab dia ada campuran Gods dan Demon.

Nama: Rita
Seiyuu: Miyuki Sawashiro
Seorang necromancer. Rasanya umur dia lagi tua daripada Favaro atau Kaisar cuma bentuk fizikal kanak-kanak menyebabkan ramai yang ingat dia masih budak lagi. 

Kaisar dan Favaro

Amira versi manusia
Rita si Necromancer

Amira versi demon


Apa yang menarik?

Cik Moon rasa, mesti ramai tak suka tengok Shingeki no Bahamut sebab hero atau watak utama dia tidak berapa kacak. Lagi-lagi dengan rambut afronya, tapi bagi Cik Moon, watak utama dia ada karakter yang berbeza berbanding watak utama anime lain. Favaro ni jenis tak kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Apa yang dia tau, duit, makan dan wanita.. 

Favaro jumpa Amira
Sebenarnya Favaro ni tidak sengaja jumpa Amira pada suatu malam. Keesokkan paginya, Favaro mendapati belakang badan dia ada ekor. Rupa-rupanya Favaro berjanji dengan Amira masa malam tersebut dan Favaro langsung tidak ingat sebab masa tu dia dalam keadaan mabuk. Sebenarnya Favaro tidak suka si Amira ni mengikut dia, memang dia berniat untuk tinggalkan Amira sampai memberitahu pihak berkuasa mengenai Amira. Yang lucunya, kuda si Favaro ni, kuda Favaro tidak sampai hati bila tengok Amira diperlakukan sedemikian jadi kuda ni la yang menyelamatkan Amira daripada ditahan daripada pihak berkuasa. Nak tak nak, si Favaro ni terpaksa menolong Amira dan mereka mengembara untuk menemukan Amira dengan ibunya.

Bahamut
Untuk makluman semua, watak Bahamut ni akan keluar nak dekat akhir. Huhuhu..Cik Moon memang tak sabar nak tengok si Bahamut ni sebab makhluk ni merupakan makhluk kegemaran Cik Moon dalam siri Final Fantasy. Rekaan Bahamut dalam anime ni cantik dan kemas. 

Bahamut


Kemunculan Rita
Antara yang menarik dalam anime ni ialah pertemuan Kaisar dengan Rita. Rita seorang Necromancer yang mampu summon zombie. Tetapi dalam episod ni Kaisar ditipu dengan Rita sebab Rita telah menggunakan spell untuk mengaburi mata si Kaisar, di mata Kaisar, Rita ada keluarga yang bahagia. Kaisar dijamukan dengan makanan yang enak tapi yang sebetulnya itu hanyalah ilusi oleh Rita apa yang dimakan oleh Kaisar adalah ulat-ulat dan ibu bapa Rita adalah mayat yang dihidupkan oleh Rita untuk mengaburi Kaisar.  Akhirnya Kaisar diselamatkan oleh Favaro dan Amira. Kekalahan Rita telah membuatkan Rita mengikuti Kaisar dalam pengembaraannya. 

Muzik
Lagu opening sangat power bagi Cik Moon, head banging gitu. Dinyanyikan oleh kumpulan SiM. Lirik lagu dia sangat mempunyai makna yang tersendiri. Antara opening yang terbaik untuk musim anime masa tu bagi Cik Moon la. hehehe. Lagu ending dia dinyanyikan oleh Risa Shimizu bertajuk Promised Land, seiyuu kepada Amira. masa Cik Moon dengar lagu ending ni. terus Cik Moon terpikat. Komposisi muzik dalam lagu sangat cantik disamping suara Risa Shimizu yang merdu. hehehe.. 


Akhir Kata
Cik Moon memang rekemen pada semua pembaca untuk menonton anime ni sebab anime ni menarik di samping jalan ceritanya serta sikap karakter dia berbeza dengan anime yang biasanya ditayangkan. Baiklah sampai disini sahaja coretan saya, Tata titi tutu~~

Sumber gambar dari google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan