Sabtu, 30 April 2016

Shiki




Assalamualaikum~ 
Apa khabar semua? mesti semua sibuk bercuti..hehehe...Kali ni Cik Moon nak cerita sikit pasal satu anime yang bertajuk Shiki.. Anime ni Cik Moon tengok masa 2011 ,tengah cuti sem masa tu...hohoho...throwback sekejap..Baiklah kita teruskan~~

Episod
24

Genre
Horror,Supernatural, Mystery

Sinopsis
Kampung Sotoba mempunyai jumlah penduduk seramai 1300 orang. Kampung tesebut sangat terpencil dimana ia tidak dihubungkan dengan lebuh raya. Amalan pengebumian masih lagi diteruskan. Suatu hari terdapat 3 kematian, kemudian sau per satu kematian di laporkan. Doktor Toshio Ozaki merasakan sesuatu yang pelik mengenai kematian tersebut. Doktor tersebut membuat penyiasatan terhadap kematian trsebut dan mendapati bahawa kematian tersebut dilakukan olah makhluk shiki. Natsuno Yuuki seorang pemuda yang tidak suka tinggal di kampung. Namun kini dirinya diancam dengan kematian disebabkan kejadian yang berlaku di kampung tersbut.


Karakter


Nama : Toshio Ozaki
Seorang yang bersungguh-sungguh menyiasat kematian yang pelik di kampung itu. Sanggup berbuat apa sahaja demi menyelamatkan penduduk kampung.


Nama: Natsuno Yuuki
Pemuda berusia 15 tahun. Berpindah ke kampung kerana mengikut keluarga.  Tidak peramah, namun mengambil berat terhadap rakannya iaitu Tohru.

Nama: Megumi Shimizu
Gadis yang meminati Natsuno namun tidak berbalas. Megumi mati dan menjadi shiki membunuh satu per satu.


Nama: Tohru Muto
Rakan Natsuno, seorang yang ceria. Umur 18 tahun, suka bermain game. Mati dibunuh oleh Megumi yang cemburukan keakraban tohru dengan natsuno.


Nama: Sunao Kirishiki
Berumur 100 tahun, Shiki yang tertua. Namun mempunyai kisah silam yang menyedihkan.
Tinggal di rumah agam bersama "keluarga"nya.


Nama: Seishin Muroi
Seorang pendeta serta penulis novel. Tidak suka dengan tindakan Toshio melaksnakan penyiasatan terhadap shiki(masa tu isteri Toshio telah jdi shiki, jadi Toshio buat penyiasatan terhadap isterinya) Seishin didapati mengikut sunao dan menyelamatkan Sunao daripada dibunuh.

Megumi, Natsuno, Tohru
Sunao dan Seishin

Toshio

Best ke citer ni?
Bagi Cik Moon la, citer ni antara genre seraaammm yang menarik.. Lagu opening pun da menyeramkan. Dengan penceritaan yang menarik, kita jadi detektif bila tengok cter ni,yelah duk memikirkan apakah disebalik shiki ni. Asyik ada kematian seorang demi seorang hari demi hari. Elemen kejutan pun leh tahan gak la.. kalau tengok pada waktu malam memang ada la gak seramnya~Pastu adegan Megumi mmbunuh orang pun seram gak..ohya, scene doktor tu menyiasat isterinya pun best bole dikatakan kejam gak la.Tapi ending dia , Cik Moon tak berapa nak suka macam tergantung gitu, apapun kalau korang nak tengok (bagi sesiapa yang belum tengok) , saya syorkan citer ni..


Hai~ 

hehehhehehe...ni kalau tengok malam-malam memang menyeramkan. Muzik latar pun sesuai dengan babak yang digunakan. Lepas tengok episod Megumi ni, Cik Moon pun ada perasaan takut dan seraaammm nak tengok bawah katil malam-malam. Hahaha sampai gitu perasaan Cik Moon lepas tengok Shiki ni. Pastu bila Cik Moon pi Kuala Pilah, di jalan Bukit Putus tu, selalu gak terbayang-bayang mata merah kat kawasan hutan tu. huhu.. tula terpengaruh sangat.. sekarang dah tiada perasaan seram tu.. lucu pula bila ingat masa dulu.

Mata merah sang shiki

Penyiasatan Toshio terhadap isterinya
Cik Moon memang terkejutlah dengan penyiasatan Toshio, seperti yang sedia maklum Toshio melakukan penyiasatan terhadap makhluk Shiki ni. Tetapi yang sedihnya apabila isterinya telah menjadi makhluk tersebut. Jadi Toshio telah mengambil tindakan drastik dengan menjalankan penyiasatan terhadap isterinya sendiri. Agak kejam jugalah tindakan Toshio tapi apa nak buat isterinya bukan lagi manusia daripada ramai lagi manusia terkorban Toshio terpaksa mengambil risiko. 

Penampilan Gackt
Yup, Gackt telah menjadi seiyuu dalam salah seorang karakter dalam citer ni..hahaha...memang teruja masa tu bila tau Gackt jdi seiyuu dlm citer ni, almaklumlah Cik Moon ni peminat gackt :3 
Cuma terkilan sikit sebab tiada lagu Gackt yang digunakan dalam anime ni. Huhu..



Gackt sebagai Seishiro Kirishiki


Kata Akhir
Baiklah sampai disini sahaja coretan saya~ hoho..jumpa lagi semua, cau cin cau~~~ XD




Nota Kaki
Sumber Gambar

google image

2 ulasan: