Khamis, 28 Julai 2016

Pet Shop of Horrors


Assalamualaikum~ salam sejahtera diucapkan pada semua pembaca. Harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Pejam celik pejam celik da masuk 5 bulan Cik Moon membuat review anime. Harap semua pembaca menyukai nukilan saya ini.. cewaahh..hehe.. Baiklah, kita ke anime yang hendak direview, anime yang dipilih adalah Pet Shop of Horrors. Hoho... tajuk pun da menyeramkan. Mari kita teruskan pembacaan~

Genre
Horror ,Mystery

Episod
4

Tahun
1999

Studio
MadHouse

Sinopsis
Count D adalah seorang penjaga haiwan yang misteri. Kedai haiwan tersebut terletak di Chinatown, Los Angeles. Setiap haiwan pemeliharaan Count D adalah sangat unik dimana haiwan tersebut menyerupai manusia. Namun haiwan-haiwan ini mempunyai 3 ciri apabila kontrak dibuat. Terdapat 3 ciri dalam perjanjian tersebut. Yang pertama, haiwan yang dibeli tidak boleh ditunjukkan pada sesiapa. Yang kedua, jika melanggar kontrak, haiwan tersebut akan berubah menjadi sesuatu yang menakutkan. Yang ketiga, jika berlaku apa-apa pada pembeli pihak Count D tidak akan bertanggungjawab.


Watak Utama



  • Nama: Count D
  • Pemilik kedai haiwan
  • Motto kedai tersebut "Kami tidak menjual haiwan semata-mata tetapi lebih kepada cinta, mimpi dan harapan'
  • Seorang yang tenang dan lemah lembut ketika berbicara.
  • Sering bersama dengan haiwan pemiliharaannya.
  • Jarang berkomunikasi dengan dunia luar



Ringkasan episod

Episod 1 : Daughter
Sepasang suami isteri kematian satu-satunya anak mereka yang bernama Alice. Count D berjaya menemukan pasangan tersebut dengan seekor arnab yang mirip dengan anak mereka. Pasangan tersebut terlampau gembira lalu membawa arnab tersebut ke rumah. Namun sesuatu yang tidak diingini berlaku ketika mereka berada dirumah.

Seekor arnab berbentuk manusia?? 


Episod 2: Delicious
Seorang penyanyi popular bernama Evangeline Blue dan pengurusnya Jason bakal berkahwin di sebuah kapal mewah. Namun begitu Evangeline didapati tergelincir ke dalam laut daripada kapal tersebut dan mayatnya tidak dapat dijumpai. Jason yang patah hati telah mengembara ke Chinatown untuk mengambil haiwan yang telah dibeli oleh Evangeline. Yang mengejutkan, haiwan tersebut adalah seekor ikan duyung yang cantik dan memiliki raut wajah sama seperti Evangeline

Episod 3: Despair
Pelakon Robin Hendrix merupakan pelakon yang terkenal melalui satu watak yang dilakonkannya. Selepas debut filemnya yang sangat fenomena, Robin tidak dapat tawaran lakonan kerana dia sangat stereotaip dengan lakonan yang sebelum ini. Dia sangat taksub dengan lakonan tersebut sehingga menyebabkan isterinya meninggalkan dia. Robin sangat suka dengan reptilia. Dia telah pergi ke kedai Count D dan membeli haiwan reptilia untuk menaikkan semula semangatnya. Count D telah memberinya reptilia yang sangat istimewa dikenali sebagai Medusa, dimana dibahagian atas adalah berupa wanita yang cantik dan dibahagian bawah adalah ekor reptilia yang sangat besar. 

Medusa


Episod 4: Dual
Roger Stanford seorang ahli politik yang berjaya namun merupakan dia tidak disenangi oleh ahli keluarganya kerana sikapnya yang kaki perempuan dan tidak keperihatinannya, Pembantu yang setia padanya, Kelly Vincent ingin menjadikan Roger sebagai presiden Amerika Syarikat walaupun dia terpaksa membuat perjanjian dengan haiwan lagenda yang dikenali sebagai Kirin. Count D mengatakan bahawa mempunyai satu-satunya haiwan lagenda tersebut.

Pandangan Cik Moon
Bagi saya, anime ni antara genre seram kesukaan saya. Antara yang menarik adalah:

  • Elemen kegelapan dan seram
     Elemen kegelapan dan seram  ditonjolkan dengan sangat baik. Warna dan latar belakang siri memang mempamerkan elemen-elemen tersebut. Sayangnya.. siri ini hanya diterbitkan sebagai OVA sahaja selebihnya kena baca manga.
  • Gabungan haiwan dan manusia
    Gabungan bentuk manusia dan haiwan dilukiskan dengan cantik dan kemas
  • Jalan cerita
    Jalan cerita setiap episod berbeza dengan satu sama lain. Jadi tidak akan ada kecelaruan jalan cerita untuk OVA ni.
Cik Moon belanja gambar~hohoho

Elemen gore memang ditonjolkan

Anak-anak siapakah ini??

Akhir kata
Baiklah sampai disini sahaja coretan Cik Moon. Semoga kita ketemu lagi~~ :D

Nota Kaki
Sumber gambar adalah dari Google Image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan