Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca Dunia Anime Cik Moon. Untuk review anime kali ini, Cik Moon akan me'review' satu anime yang bertajuk Aku No Hana atau The Flover of Evil. Anime diperkenalkan oleh rakan saya. Kawaii Titan nama sebenar dirahsiakan.. hehehee...Kawaii Titan telah meminta saya untuk tengok dan review anime. Saya akan tunaikan dan ini adalah review saya berkenaan anime ini.
Genre
Bildungroman, drama, psychological thriller
Episod
13
Pengenalan
Takao sangat memuja rakan sekelasnya yang bernama Saeki. Bagi Takao Saeki ibarat bidadari dari langit yang sangat indah. Namun pada suatu petang, Takao terlupa akan bukunya dikelas, semasa dikelas. dia mengambil baju gim Saeki walaupun dia teragak-agak. Keesokkannya Takao hendak memulangkan semula baju gim tersebut (sementara rakan sekelas lain tak tahu) namun telah dihalang oleh Nakamura kerana Nakamura tahu yang Takao mengambilnya dan menganggap Takao seorang hentai. Nakamura mengugut Takao akan beritahu Saeki dan menyuruh Takao membuat kontrak dengannya. Bermulalah satu perhubungan yang pelik antara mereka.
Karakter
Takao Kasuga
seorang ulat buku
suka sangat pada Saeki
pendiam dengan rakan-rakan, banyak bermonolog
tidak dapat membuat keputusan
cepat gelabah
mempunyai sikap jahat dalam dirinya yang dia tak tunjuk pada orang
Nanako Saeki
seorang pelajar pintar
disukai oleh rakan-rakan dalam kelas
menerima cinta dan sikap Takao (lepas Takao meluahkan perasaan)
comel orangnya
Sawa Nakamura
pelajar yang pelik dalam kelas
pendiam
sering menggunakan perkataan kesat dalam kelas (bila orang bercakap dengan dia)
mempunyai sikap memberontak yang kuat
memanggil Takao hentai sebab dia tahu yang Takao mencuri baju gim Saeki
suka memerintah
Kenapa anime ini tidak mendapat sambutan?
Ramai yang mengatakan anime ini tidak menarik sebab lukisannya. Yelah kalau kita biasanya lihat kebanyakkan anime lain, watak anime mesti mata besar. bentuk fizikal yang terlampau manakala dalam Aku no Hana ia tidak begitu. Itu yang mengurangkan selera penonton untuk menengoknya. Selain daripada itu, jalan cerita yang agak rumit menyukarkan mesej untuk disampai pada para penonton. Penceritaan anime ini agak perlahan berbanding anime lain. Ini antara maklumbalas daripada orang yang menontonnya.
Yang menarik dalam anime ini:
Ini bagi pendapat Cik Moon
-Sikap manusia
Aku no Hana telah memaparkan sikap manusia terutama isi hati atau naluri dalam diri dengan baik sekali. Keadaan ini kita boleh kaitkan dengan Teori Psikologi daripada Sigmund Freud iaitu Teori Iceberg yang mengatakan berkenaan naluri manusia ini. Seperti yang kita tahu, kita mempunyai isi hati berkenaan perkara yang tidak semua orang tahu. Walau sebaik atau sejahat mana seseorang itu, dia tidak akan terlepas dengan naluri atau isi hati. Namun seringkali naluri ini akan kalah dengan pemikiran semula tentang perkara tersebut. Sebagai contoh Takao, naluri dia mengatakan dia mahu baju gim tersebut, tetapi pemikirannya mengatakan tidak akhir sekali Takao ikut naluri atau kata hatinya untuk menyentuh baju gim tersebut. Buku Aku no Hana telah membuka satu dunia yang sangat gelap yang penuh kejahatan kepada Takao dan Takao merasakan itulah dirinya.
-Teknik Rotoscoping
Anime ini telah menggunakan teknik rotoscoping yang pertama dalam animasi. Rotoscoping ialah mengambil semula segala gerak geri, suasana, tempat yang dilakonkan untuk dijadikan animasi. Aku no Hana dilakonkan oleh orang sebenar dan teknik rotoscoping digunakan untuk animasi.
Animasi dia sangatlah real. Teknik ini telah membuatkan animasi ini mampu menonjolkan ekspresi karakter dengan baik serta mesej yang mendalam.
inilah teknik rotoscoping |
-Jalan cerita
Jalan cerita Aku no Hana banyak kearah kegelapan dalam kehidupan. Unsur memberontak, degil, suka mengarah banyak dipaparkan. Memang tidak dapat dinafikan Takao merupakan watak yang lemah (seorang yang tidak pertahankan diri, senang dibuli, cepat gelabah, tidak dapat membuat keputusan). Takao dikatakan sedang melalui proses akil baligh (ini yang dikatakan oleh ayah Takao), jadi memang nampak la perkembangan sikap Takao dalam anime ini. Lagi-lagi apabila Nakamura sering menganggu hidupnya dengan mengugut dan memaksa Takao mengikut segala kemahuannya. Nakamura memang gadis yang pelik, mana taknya bila dia menyuruh Takao memakai baju gim Saeki semasa temujanji pertama Takao dengan Saeki. Namun setelah melalui kesemua 13 episod barulah nampak sebab Nakamura berbuat demikian.
-Lagu
Lagu dalam anime ini sangat unik. Terutama lagu ending dia.. Tajuk dia A Last Flower. Memang naik bulu roma kalau dengar malam-malam. Lagu ni memang buatkan sifat yang dalam diri untuk bangun dari tidur.. sangat membangkitkan dengan nada yang seram, lagu ni sangat unik. Memang sesuai dengan anime ini.
Kata Akhir
Baiklah sampai sini sahaja, coretan Cik Moon.. Semoga ketemu lagi di entri akan datang~~
Nota Kaki
Sumber Gambar daripada Google Image
Tiada ulasan:
Catat Ulasan