Rabu, 1 Jun 2016

Aoi Bungaku


Assalamualaikum, salam sejahtera..
     Apa khabar pada semua pembaca dunia anime Cik Moon, harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Cik Moon alhamdulillah sihat. Maaf diatas kelewatan untuk review kali ini, bulan Mei agak sibuk bagi Cik Moon.. hehehe harap semua pembaca bawakan bersabar ye.. (^_^)
Kali ini Cik Moon akan review satu anime yang bercirikan adaptasi daripada kisah sastera pendek jepun. Tajuknya adalah Aoi Bungaku.

Genre
Drama, Horror, Mystery, Psychological

Tema
Historical, Literature, poetry, suicide, unrequited love

Episod
12

Pengenalan
Anime ini merupakan adaptasi daripada 6 buah sastera pendek jepun.  Kesemua adalah cerita kisah dongeng Jepun. Kisah-kisah yang diadaptasikan

1. No Longer Human daripada Osamu Dazai
2.Sakura no Mori no Mankai no Shita daripada Ango Sakaguchi
3. Kokoro daripada Natsume Soseki
4. Run, Melos! daripada Osamu Dazai
5. The Spider's Thread daripada Ryunosuke Akutagawa
6.Hell Screen daripada Ryunosuke Akutagawa

No Longer Human

Citer ini berkenaan seorang lelaki yang merasakan dirinya asing dalam komunitinya. Kalau tengok kisah ni akan ada lembaga hitam yang sentiasa mengikuti watak utamanya. Daripada kecil sehinggalah dia dewasa. Lembaga ini akan mengacau pemikiran watak utama, lagi-lagi kalau dia sedang bersendirian.

Sakura no Mori no Mankai no Shita 

Kisah ini adalah berkenaan perompak hutan. Selain merompak dia juga menculik wanita cantik dan dijadikan sebagai isteri. Ramai juga isterinya. Suatu hari masa dia nak merompak dia terjumpa dengan seorang wanita cantik. Apa lagi terus dijadikan sebagai isteri, wanita yang baru diculiknya tu telah mengarahkan dia untuk membunuh semua isteri-isterinya dan dia melakukannya sebab terlampau taksub dengan wanita yang dia culik tu.

Kokoro
Citer ini berkisahkan seorang lelaki dan sami. Ada dua perspektif cerita iaitu dari sudut lelaki dan dari sudut sami. Kira ada dua cerita yang berbeza daripada dua sudut pandangan. Apa yang pasti, kisahnya adalah =lelaki dan sami ini merupakan kawan dari sekolah. Apabila dewasa, lelaki ini mengajak sami tersebut tinggal bersama dengannya. Konflik berlaku apabila sami tersebut jatuh hati pada anak perempuan tuan rumah.

Run, Melos!
Run, Melos! mengisahkan satu pementasan teater oleh penulis skrip berkenaan kisah pengkhianatan semasa dia sekolah dahulu. Penulis skrip tersebut mempunyai seorang rakan yang berbakat dalam lakonan, semua pelajar mengagumi rakan tersebut. Tibalah satu malam dimana mereka berdua membuat satu perjanjian untuk melarikan dan perjanjian tersebut tidak dilakukan oleh rakan tersebut. Menyebabkan penulis skrip marah dan menulis skrip Run, Melos!.

The Spider's Thread 
Kisah ini adalah mengenai seorang perompak. Perompak ini sangat jahat dan kejam. Sanggup membunuh apa sahaja namun ada satu sahaja dia tidak membunuh iaitu labah-labah. Disaat dia mati, kira macam alam entah mati ke tak saya pun tak dapat nak pastikan, labah-labah tersebut telah membantu dengan memberikannya benang tetapi sikap perompak tu yang tamak telah menyebabkan pengakhiran yang tragis

Hell Screen
Kisah mengenai pelukis teragung serta anak perempuannya. Raja telah mengarahkan pelukis tersebut  melukis suasana kerajaan yang dibangganya sepenuh ruang di mausoleum. Dari sudut pelukis, kerajaan raja tersebut sangat kejam. Hamba-hamba telah ditanam hidup-hidup untuk dijadikan kubu kerajaan tersebut. Sangat tragik apabila anak perempuan dibakar hidup-hidup kerana Raja tersebut menganggap mereka sebagai pengkhianat,


Lukisan Hell Screen


Apa yang menarik Aoi Bungaku ni?

Bagi pendapat Cik Moon cerita ini menarik dan berbeza daripada anime lain kerana menggunakan konsep sastera dan kepelbagaian cerita dalam satu anime. Dari sudut psikologi, aspek kemurungan, bunuh diri, paranoid banyak diterapkan. Kalau anda menonton anime ni, akan ada narrator yang menceritakan latarbelakang penulis setiap kisah sebelum bermula pada setiap episod anime tersebut. Apa yang boleh saya katakan. penulis-penulis ini masing-masing mempunyai kisah hidup yang kasihan. Oleh itu mereka terjemahkan dalam nukilan mereka.

Setiap anime mempunyai jalan cerita yang berlainan. Boleh dikatakan cerita Aoi Bungaku agak berat untuk pemahaman. kalau yang biasa bersastera mungkin akan senang tangkap jalan cerita yang disampaikan. Hehehehe..

Pengajaran


Bagi Cik Moon la kan, pengajaran daripada anime ini berbalik pada diri kita sendiri. kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Sifat cemburu terlampau, suka menuduh sebarangan, panas baran, kekejaman melampau perlu kita jauhi. Kalau tidak perasaan ini akan mengawal diri kita. Sentiasa beringat pada yang Maha Esa, minta petunjuk dariNya agar kita tidak tersasar daripada kehidupan. Cewaahh, ceramah pula~


Baiklah sampai sini sahaja nukilan Cik Moon pada entri kali ini. Semoga kita ketemu di entri akan datang~ Cau cin cau~~

Nota Kaki
Sumber gambar daripada Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan