Ahad, 27 Mac 2016

Konosuba (Kono subarashii sekai ni shukufuku wo!)



Assalamualaikum, Cik Moon datang lagi~~ hoho.. Baiklah kali ni Cik Moon nak buat review pasal Konosuba atau omputehnya God's Blessing on This Beautiful World!. Anime kali ringan sikit genre dia. Sebelum Cik Moon review anime yang agak berat, jadi takdela pembaca rasa bosan sebab kali ini lebih kepada komedi dan pengembaraan.

Genre
Fantasy, Comedy, Adventure

Episod
10 episod

Sinopsis
Kazuma Sato seorang yang 'shut-in' (tak pernah keluar dari rumah sebab selalu bermain game) telah meninggal dunia dalam keadaan yang amat memalukan. Dia telah berjumpa dengan dewi yang bernama Aqua yang mana telah menawarkan Kazuma untuk dibangkitkan semula dalam dunia lain( ada elemen MMORPG sikit dunia ni, memang Kazuma punya minat la). Dalam dunia ni, Kazuma mampu mengembara dan melawan raksasa. Sebelum dibangkitkan semula, Aqua telah memberi dia peluang untuk memilih item atau kuasa untuk digunakan dalam dunia tersebut. Setelah mendapat provokasi, Kazuma telah memilih Aqua untuk bersama-sama dengannya dan mereka tiba di bandar Axel. Aqua boleh kembali ke tempat asalnya jika mereka berjaya menewaskan Devil King. Di Axel, Kazuma dan Aqua (dewi yang tak berapa nak pandai dan banyak celoteh) telah membentuk satu kumpulan dan mereka mengambil dua orang ahli baharu dalam kumpulan tersebut. Seorang ahli sihir bernama Megumin yang hanya tahu menggunakan satu teknik sihir dan Darkness seorang 'crusader' masochist yang sering kali tersasar ketika berlawan dengan musuh. Dengan kelemahan dalam kumpulan tersebut, Kazuma hampir putus harapan nak melawan Devil King namun kumpulan tersebut tetap berhadapan dengan musuh-musuh dari Devil King.

Karakter
Kazuma Sato
Alih Suara: Jun Fukuyama
Seorang yang tak keluar rumah sebab kerap main game
Dibangkitkan di dunia lain setelah meninggal dunia atas serangan jantung
Didunia tersebut Kazuma adalah kelas yang paling bawah (adventurer)
Memiliki skill "steal', "create water",

Aqua
Alih Suara: Sora Amamiya
Kuasa: Air dan "Purify"
Dewi Air yang mengadili manusia ke dunia lain, telah diheret oleh Kazuma untuk bersama-sama ke dunia tersebut.
Kuat celoteh, lembab
Disebabkan dia seorang Dewi jadi Aqua mempunyai kuasa untuk melawan Undead dan Demon.

Megumin
Alih Suara: Rie Takahashi
Kuasa: Explosion (sihir paling kuat)
Ahli sihir yang tidak mahu gunakan skill sihir lain selain Explosion (mampu menghabiskan semua tenaga dengan sekali guna)
Ditendang keluar oleh kumpulan lain atas kelemahan skill sihir,

Darkness
Alih Suara: Ai Kayano
Kuasa: Pertahanan
Sering tersasar dalam serangan.
Seorang masochist
Mengambil tentang rakan-rakan


Dari kiri Darkness, Aqua, Kazuma dan Megumin

Apa yang menarik?
Berbanding anime yang review sebelum ini, Konosuba lebih relaks dan mampu membuatkan kita ketawa di setiap episod, Episod pertama buat kita ketawa apbila Kazuma di perli oleh Aqua kerana punca kematiannya. Setiap karakter mempunyai kebolehan masing-masing walaupun tidak boleh diharap bagi Kazuma (sebab skill dalam setiap rakan-rakannya tidak kuat jika dibandingkan dengan skill karakter secara kumpulan yang selalu ada dalam game MMORPG)..haha kesian Kazuma, banyak kali dia merungut sebab dapat kumpulan macam ni.. :D


Inilah bandar Axel, permulaan dunia baru Kazuma.  Dalam anime masih tidak di jelajah kesemua tempat dalam dunia baru Kazuma ni. Kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar Axel ni. Mungkin akan ada pengembaraan di luar bandar Axel di Konosuba season 2. Harap-harap akan ada pengembaraan yang ditempat yang baru dan perkembangan setiap karakter dalam konosuba. hehe...
Kazuma dan rakan-rakan tinggal di rumah agam yang ditinggalkan kerana kata tuan tanah rumah tersebut berhantu. Oleh kerana Aqua adalah goddess maka dia telah menggunakan kuasanya untuk purify kan rumah tersebut. Sebab tu lah, Kazuma dan rakan-rakannya berjaya dapat tempat tinggal.


Cabbage Quest~
Masa ni semua orang dalam bandar Axel kena melawan kobis untuk dapat ganjarannya~ masa ni Aqua telah menggunakan kuasanya.. Kazuma dan rakan-rakan berjaya memperoleh kemenangan yang besar, Jackpot! namun demikian, kesan daripada kuasa Aqua telah menyebabkan kemusnahan di pintu gerbang bandar Axel. Masa ni Kazuma sangat marah, mana taknya,wang yang banyak tersebut terpaksa digunakan untuk bayar ganti rugi yang dibuat oleh Aqua.

Mimpi Succubus
Ini antara episod yang lucu bagi saya, Kazuma telah pergi ke satu kedai ni dimana ia menjual perkhidmatan mimpi yang diidamkan oleh para lelaki termasuklah si Kazuma sekali. Cik Moon ingat Kazuma ni orang-orang yang baik rupanya hahaha.. nak buat camna.. baiklah kita teruskan. Jadi Kazuma pun order la permintaan dia, sebelum tu  untuk mendapatkan mimpi succubus, lelaki tersebut kena tidur dulu barulah mimpi yang di order tu akan muncul. Kembali pada Kazuma, setelah buat order dia pun balik ke rumah dengan hati yang tak sabar-sabar. Malam tu, masa Kazuma mandi di bilik mandian , dia terlelap sekejap, bila dia bangun dia ternampak Darkness depan mata. Yang paling tak tahan Kazuma ingat Darkness tu dalam mimpi dia padahal itu bukanlah mimpi dari succubus. Jadi di bilik mandian tu Kazuma minta Darkness untuk membasuh belakang badan dia sampai dia terdengar suara jeritan Aqua. Kazuma berlari untuk tengok apa yang terjadi, rupa-rupanya ada succubus, masa tu barulah Kazuma tahu yang di bilik mandian tadi bukanlah mimpi tetapi Kazuma cepat melakukan tindakan untuk cover diri dia dengan membuatkan diri dia macam kena kawal oleh succubus tu. Hahaha...pandai bebenor Kazuma ni menyelamatkan diri dia.


Kad Skil
Setiap karakter ada kad ni untuk naikkan skil mahupun belajar skil yang baharu. Kazuma belajar skil 'Steal' dan "Create Water" walaupun skil yang asas namun sangat berguna bila keadaan memerlukan. Setiap skil kena guna poin untuk mengaktifkannya. Pasal skill ni, Aqua paling teruk dalam membeli skil. Skil yang dibelinya memang tak dapat digunakan dalam pertarungan lebih kepada menghiburkan orang disekelilingnya,


Explosion!!
Megumin dengan penuh gayanya~ :D
Haha gaya pun gaya, tapi ini sahaja ilmu yang digunakan oleh Megumin. Kesannya sangat kuat hingga mampu meninggalkan kawah besar selepas mengaktifkan ilmu ini. Sekali penggunaan ilmu ni akan menghabiskan segala tenaga hingga menyebabkan Megumin tidak mampu untuk berjalan. Jadi yang membantunya adalah Kazuma, Memang kesian Kazuma ni, dapat party yang macam ni, Kalau Cik Moon menangis tak sudah jawapannya.

Baiklah sampai disini sahaja entri Cik Moon, semoga ketemu lagi di entri akan datang :D

Nota Kaki

Sumber Gambar
google image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan