Ahad, 3 April 2016

Amnesia




Assalamualaikum~ salam sejahtera.. Kali ni Cik Moon nak review pasal anime lama yang bertajuk Amnesia. Mari kita mulakan~~ Yosha~~!!

Genre
Adventure, drama, mystery, romance

Tema
Reverse harem (1 perempuan ada ramai lelaki)

Episod
12 episod

Pengenalan
Amnesia adalah satu siri visual novel yang dibuat oleh Idea factory, kemudian telah dijadikan game untuk pelantar psp, Satu adaptasi anime telah dibuat pada 2013 setahun selepas versi game dikeluarkan.

Sinopsis
Heroine telah bangkit pada pagi 1 ogos dan mendapati dia tidak ada sebarang memori silamnya. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Orion. Orion ni mcm spirit, dia membantu heroine mendapatkan semula memorinya yang telah hilang. Sebenarnya Heroine ni macam masuk dunia berbeza atau dimensi berbeza. Kalau nak tau setiap karakter utama ada simbol dunia masing-masing. Jika heroine masuk ke dunia salah seorang lelaki itu, maka lelaki itu adalah teman lelakinya di dunia tersebut.

Karakter

 Nama: Heroin
 Dalam anime ni, heroin mengalami masalah lupa ingatan,
 Umur: 18 tahun
 Tahun pertama dalam universiti amik bidang psikologi.
 Kerja sambilan di Meido no Hitsuji

Nama: Orion
Spirit yang membantu Heroine untuk mendapatkan semula ingatannya.
Orang lain tak boleh nampak Orion, hanya berkomunikasi dengan Heroine
Seorang yang ceria.

Nama: Shin
Umur: 17 tahun
Dia dengan Toma kawan Heroine masa kanak-kanak
Simbol jalan cerita : Heart
Suka terhadap anjing

Nama: Toma
Umur: 19 tahun
Rakan kepada Shin dan Heroine
Mempunyai sifat yandere (hoho)
Berbakat dalam pelbagai bidang.
Mencintai Heroine dalam 2 dunia iaitu dalam jalan cerita Shin dan jalan cerita dia sendiri.
Simbol untuk jalan cerita: Diamond

Nama: Ikki
Umur: 22 tahun
Pelajar tahun ke 4 dalam univeristi
Berkawan dengan Kent
Mempunyai kuasa daya tarikan pada mata dimana sesiapa yang memandangnya akan suka atau jatuh cinta (efek pada perempuan khususnya) tetapi tidak berkesan pada Heroine, menyebabkan dia jatuh hati pada Heroine dalam jalan cerita dia.
Ramai peminat perempuan
Simbol jalan cerita : Spade

 Nama: Kent (si kacamata)
 Umur: 25 tahun
 Seorang graduan universiti
 Percaya bahawa semua masalah boleh diselesaikan menggunakan logik
 Kenali Heroine sebab dia jadi tutor pada Heroine
 Seorang yang sukar meluahkan perasaan
 Simbol jalan cerita : Club

Nama: Ukyo 
Umur: 24 tahun
Seorang photographer yang mempunyai 'split personaliti'
Simbol jalan cerita : Joker


Kiri atas: Shin, Toma, Ikki
Kiri bawah: Kent, Ukyo, Orion

Heroin

Apa yang menarik pasal Amnesia?
Bagi pendapat saya, daya tarikan adalah karakter lelakinya yang handsome dan cute gitu.. Berbeza dengan konsep anime reverse harem sebelum ni, Amnesia menggunakan dimensi atau dunia yang berlainan dalam jalan ceritanya, Disini, kita dapat lihat, jika Heroine berada dijalan cerita simbol Heart maka teman lelaki Heroine adalah Shin. Dalam anime ni, Heroine memasuki ke lima-lima jalan cerita untuk mengembalikan semula ingatannya (dibantu oleh Orion). Anime ni memang fokus pada penonton wanita, namun fesyen yang ditonjolkan sangat menarik dan direka dengan teliti.



Fesyen
Baju yang digunakan dalam anime...hoho..suka dengan padanan warna setiap karakter. Stail karakter dilakukan dengan kemas dan cantik. Cik Moon suka, pelukis menggunakan elemen warna pada setiap karakter, Merah pada Shin, biru pada Ikki, kuning pada Toma dan putih pada Ukyo, Walaupun stail atau fesyen ni agak keterlaluan untuk digunakan pada kehidupan seharian kita tetapi bagi Cik Moon agak menarik juga lah sebab jarang tengok fesyen yang sebegini pada karakter lelaki, al maklumlah kebanyakan karakter lelaki stail baju dia simple saja. hehehe... 


Sikap
Toma si yandere... dia mengurung Heroine supaya heroine tidak meninggalkannya..haha kalau saya, cabutlah nak~ si Heroine ni bole tenang lagi menghadapi situasi ni, Memang sangat drastik tindakan Toma dalam mengurung Heroine siap ada sangkar dalam bilik. Ish ish ingat manusia ni haiwan ke main sangkar-sangkar. hahaha kepada peminta touma jangan marah ye.. Kalau ikut situasi Toma, disebabkan dia sayang sangat pada Heroine, dia sanggup melakukan apa sahaja. Tu la sampai kena kurung sekali. Toma oo Toma, sungguh kejam awak ni. 
Shin pula agak ikut perasaan, segala tindakan dia buat agak melulu sikit. Mungkin sebab usia dia lebih muda pada Heroine, jadi dia berusaha untuk jadi yang terbaik bagi Heroine. Dia seorang yang mengambil berat, apa jua yang berlaku pada Heroine, Shin cepat tangkap. 
Kent pula agak skema orangnya. Apa jua perkara kena berdasarkan logik. Tapi masa route Kent dalam anime, Kent ni je la yang perasan si Heroine ni bukan seperti Heroine yang biasa dia bersama. Kent juga buat kajian dan dia juga percaya bahawa Heroine ni dari dunia lain. Kent ni la satu-satu yang berkomunikasi dengan Orion dengan menggunakan Heroine sebagai medium komunikasi. 
Ikki si lelaki popular. Kalau sudah popular mesti ada peminat. Peminat Ikki ni ramai tapi ada seorang yang obses padanya. Macamna si Heroine ni disukai oleh Ikki, sebab Heroine ni tak lut dengan pandangan mata Ikki. Renungan mata Ikki ni mampu buat orang jatuh cinta, tersuka tanpa sengaja dan yang sama waktu dengannya. Oleh sebab Heroine ni tak terkesan dengan pandangan mata tu, Ikki berasa hairan dan tersuka tanpa sengaja pulak pada Heroine ni.
Ukyo..lelaki misteri bagi Cik Moon, kemunculan dia menyebabkan si Heroine ni pergi ke dunia lain. Dahla ada dua personaliti, huhu seram juga la bagi Cik Moon. Harap maaf pada semua peminat Ukyo. Apa yang Cik Moon tau, Ukyo buat macam ni kerana terlalu sayang pada Heroine dan nak Heroine teruskan hidup walaupun didunia yang berbeza. huhuhu.. 




Apapun, diakhir anime, Heroine kena pilih dunia mana dia nak pergi samada Heart, Club, Spade, Diamond atau Joker (kira dalam anime masih tak diketahui Heroine ni pilih dunia atau dimensi apa) Agak2 korang..korang nak Heroine ni masuk dunia mana? Pilih2,, :p

Baiklah sampai sini saja coretan Cik Moon, akan ketemu lagi dientri akan datang~ cau cin cau


Nota Kaki
Sumber Gambar
google image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan