Ahad, 10 April 2016

Plastic Memories


Assalamualaikum dan selamat tengahari (sebab entri ditulis waktu tengahari...hohoho) pada semua pembaca blog Dunia Anime Cik Moon. Apa khabar semua? Harap sihat belaka~ ehehehe..Kali ni Cik Moon nak tulis review sikit mengenai anime ni yang diberi tajuk Plastic Memories.

Genre
Drama, Romance, Science Fiction

Episod
13

Sinopsis
Di masa hadapan, android kelihatan seperti manusia malah mempunyai jiwa dan perasaan. Android ini dijual di seluruh dunia. Satu syarikat, SA Corp telah menghasilkan giftia (android). Walaupun android ini mempunyai ciri-ciri hampir seperti manusia namun terdapat satu kelemahannya iaitu giftia ini mempunyai jangka hayat. Sebelum jangka hayat giftia ini habis, giftia ini hendaklah di ambil semula oleh pekerja SAI Terminal Service. Mizugaki Tsukasa, 18 tahun telah memulakan kerjayanya di SAI Terminal Service bersama pembantunya Isla.

Karakter



Nama: Mizugaki Tsukasa
Umur: 18tahun
Bekerja di SAI Terminal Service selepas gagal dalam ujian kemasukan universiti kerana faktor kesihatan.
Tugas: Spotter
Jatuh cinta pada Isla pada pandang pertama
Mahu bersama dengan Isla hingga saat akhir Isla kerana cintanya yang mendalam



Nama: Isla (sebut sebagai Aira dlm bahasa jepun)
Seorang Giftia
Tugas: Marksman kepada Tsukasa
Seorang yang cuai, pendiam, suka pada herba, sering membuat teh untuk ahli dalam Terminal Service
Veteran di Terminal Sevice. Pernah bekerja dengan Kazuki kemudian berhenti menjadi marksman sehinggalah Tsukasa tiba.
Pada mula tidak ada perasaan terhadap Tsukasa namun perasaan suka mula datang setelah bekerja dalam satu kumpulan.



Nama: Kuwanomi Kazuki
Tugas; Spotter
Bos Tsukasa, seorang yang sangat garang bagi pekerja dibawahnya.
Pernah bekerjasama dengan Isla sebagai satu kumpulan dulu.
Sebelah kakinya dipotong semasa menjalankan tugas mengambil semula griftia iaitu penjaga Michiru tiga tahun lepas.




Nama: Kinushima Michiru
Umur: 17 tahun
Tugas: Spotter
Mempunyai perasaan dengan Tsukasa tapi tak mengaku..dia ni tsundere..haha
Senior setahun Tsukasa dalam kerja
Dibesarkan oleh griftia yang mempunyai sifat simpati pada kanak-kanak. Michiru telah menghalang penjaganya daripada diambil semula oleh Terminal Service. Perkara ini menyebabkan jangka masa griftia tersebut melebihi limitasi dan akhirnya penjaganya menjadi Wanderer.

Nama: Zack
Seorang giftia
Tugas: Marksman kepada Michiru
Seorang budak lelaki yang suka menyakat orang.

Dari kiri: Michiru, Zack, Tsukasa , Isla



Apa yang menarik?
Pada mulanya Cik Moon ingat citer ni lovestory yang cam biasa kita tengok di anime lain, rupanya ada kelainannya. Dalam anime ni, android atau griftia ni sifatnya hampir sama dengan manusia kerana ada perasaan dan jiwa, Kalau tengok, tak dapat nak buat perbezaan griftia ngan manusia. Jalan cerita berkembang dengan baik terutama perhubungan Tsukasa dengan Isla.
Ohya ada persamaan anime ni dengan anime lain.. cer tengok gambar ni. Bagi Cik Moon la, mungkin penulis Plastic Memories ni mendapat inspirasi daripada anime Evangelion sebabkan kalau kita tengok karakter Isla dan Michiru seiras-iras dengan Rei dengan Asuka, terutama warna rambut dan mata. hehehe...Kalau tengok sikap pula, Isla agak dense manakala Michiru tsundere. Tapi Isla sebenarnya bukanlah dense, yang sebetulnya karakter Isla periang semasa dia bersama dengan Kazuki. Namun berubah bila mereka tidak sepasukan sekali.



haa..Ada sama kan?

Sedih ke?
Plastic memories merupakan anime sedih orang kata tangkap syahdu la.. haha.. episod pertama da buat saya mengalirkan air mata dimana kita melihat konsep perpisahan. Dalam episod ni, Tsukasa diberi latihan untuk mengambil semula griftia. Griftia ini telah dijaga oleh pasangan tua yang tiada anak dan menganggap gritia ini seperti anak mereka sendiri. Babak perpisahan tersebut telah dilakukan dengan baik menyebabkan saya yang tengok ni mengalir airmata gak. huhu..


Plastic memories juga memegang konsep, hargailah seseorang sebelum mereka tiada. Setiap episod yang mereka melakukan kerja me'retrive' giftia, kita akan melihat situasi keluarga yang menganggap giftia ni seperti keluarga sendiri. Jadi akan berlaku konflik dimana ada ahli keluarga yang tidak mahu giftia ini diambil semula kerana mereka takut akan kehilangannya sampai ada yang sanggup melarikan giftia ini bersama-sama mereka. Oleh yang demikian, anime ini mengajar pada kita untuk kita melepaskan sesuatu yang mana ia bukan milik kita selamanya. Kita hendaklah belajar untuk menerima kenyataan walaupun kenyataan tersebut perit untuk kita hadapi.


Wanderer tu apa?
Wanderer ialah giftia yang telah melebihi limitasi jangka hidupnya. Ketika ini, segala perasaan dan emosi giftia tersebut berubah ibarat orang yang mengamuk. Segala memori sebelum ini telah padam dan mereka bertindak ganas hingga boleh membunuh sesiapa sahaja, Gambar dibawah ialah saat Michiru tidak mahu memberikan penjaganya kepada Terminal Service sehingga menyebabkannya jadi wanderer.


Masa inilah Kazuki kehilangan sebelah kaki kerana hendak menyelamatkan michiru dalam mengambil semula penjaganya.


Inilah yang bakal terjadi jika giftia ini tidak di'retrieve'. Ibarat amuk atau gila. Hal ini yang sering ditakutkan oleh pekerja Terminal Service jika ianya tidak diambil semula. Oleh itu para pekerja seperti Tsukasa perlu melaksanakan tugas mengambil semula dalam jangka masa yang diberikan jika tidak giftia tersebut mampu mengancam sesiapa sahaja tidak kira umur. Ibarat komputer yang rosak itulah wanderer.

Saat Penting
Paling sedih ialah ketika Isla kena ambil semula. Masa ni Tsukasa menguatkan semangatnya untuk melakukan tugas tersebut. Dengan hati yang sedih Tsukasa tetap melakukannya.


Cincin ni tanda giftia tersebut diambil semula.. Semua giftia ni samada akan diprogram semula namun segala memori lepas tidak dapat diingati semula ibarat orang yang baru kalau giftia ni diprogramkan semula. Seringkali kita tengok Isla berbisik pada telinga giftia yang mereka ambil semula. Ayat yang digunakan adalah "I hope one day, you'll be reunited with the one you cherish" iaitu saya berharap suatu hari nanti anda akan diketemukan dengan seseorang yang awak sayang. Memang sedih bila ayat ini diungkapkan lagi-lagi semasa perpisahan. Ayat ini juga digunakan oleh Tsukasa semasa hendak me'retrieve' Isla.. fuh, Cik Moon tengok pun sayu je rasa. Almaklumlah, masa tu si Tsukasa dan Isla baru je suka sama suka tak sangka kena berpisah pulak. Memang tangkap syahdu betullah.


Cinta Tsukasa terhadap Isla berputik sejak pertama kali berjumpa dalam lif. Episod pertama kita dapat lihat cinta pandang pertama Tsukasa pada Isla. hahaha.. sweet gitu..




Penutup
Baiklah sampai sini sahaja review Cik Moon, semoga ketemu lagi~~ Terima kasih kerana membaca entri ini :D


Nota Kaki

Sumber Gambar
google image



Tiada ulasan:

Catat Ulasan