Ahad, 24 April 2016

Hotarubi No Mori e




Assalamualaikum, Cik Moon datang kembali..
Hehe..kali ni nak review pasal satu anime movie ni.. Sebenarnya anime telah diperkenalkan oleh kawan saya nun jauh dari Indonesia.. dia kata tengoklah anime ni..Cik Moon pun tengoklah~ Jum kita sama2 meneroka alam hutan yang penuh misteri~~

Genre
Romance, Slice of Life, Supernatural

Tema
Spirits

Episod
1 sahaja (45minit durasi)

Sinopsis
Semasa kecil, Hotaru telah sesat dalam hutan semasa musim panas di tempat pakciknya. Dia telah diselamatkan oleh satu spirit ni yang bernama Gin.Namun begitu, Gin tidak boleh disentuh oleh manusia,jika disentuh maka dia akan hilang di muka bumi.  Maka bermulalah kisah antara Hotaru dan Gin dimana Hotaru akan sentiasa nantikan musim panas seterusnya bersama dengan Gin setahun demi setahun.

Karakter

 Takegawa Hotaru



Watak utama dalam Hotarubi no Mori e,seorang yang ceria, mendengar kata sebab masa Hotaru kecil,Gin menyuruh jangan menyentuhnya dan Hotaru tidak pernah menyentuh Gin dari kecil sehingga dia dewasa. seorang yang mengambil berat. Umur Hotaru menampakkan peningkatan dalam anime ni.. setting anime tersebut dari Hotaru kecil hingga dia remaja. Mempunyai perasaan terhadap Gin


Gin

Spirit atau penjaga hutan. Menolong Hotaru yang sesat dalam hutan masa Hotaru kecil. Sejak dari itu, Gin menjadi rakan sepermainan Hotaru semasa Hotaru berada disana.


Apa yang menarik?
Bagi Cik Moon cerita sangat menyentuh perasaan, orang kata apa "sweet" gitu..sedih pun ada.. terutama part Hotaru dengan Gin (dipesta matsuri untuk spirits)..sempat lagi airmata bercucuran...huhu siapa la potong bawang ni.. xD
Jalan cerita dia tak complicated, plot cerita berkembang dengan baik sebab anime ni hanya fokus pada 2 watak oleh itu penceritaan dapat difokuskan dengan baik. Selain mudah untuk difahami, ia juga diiringi dengan muzik latar yang sangat menenangkan jiwa. Cik Moon suka betul dengan muzik latar dia macam kita berada di musim panas, sambil makan tembikai ditiup angin sepoi2 bahasa gitu~ cewaahh!! xD
Gambar pemandangan terutama hutan sangat cantik ditonjolkan, seperti yang kita tahu Jepun sangat terkenal dengan hutan misterinya.

Komposis muzik
Dari sudut muzik, Cik Moon suka betul dengan muzik yang digunakan. Muzik dia sangat tenang, kalau anda semua rasa stress ke tak tenang ke boleh la mendengar muzik dari anime Hotarubi no Mori E. Memang saya rekemen anda mendengarnya. 

Jalan cerita
Walaupun penceritaan dia tidaklah complex sangat, tapi mesej tetap disampaikan dengan baik. Dengan durasi 45 min, penulis telah menunjukkan kita kisah romantis antara penjaga hutan dan manusia biasa. Agak lama juga bagi Gin meluahkan perasaannya namun luahan perasaan tersebut berjaya disampaikan kepada Hotaru disaat akhir (Cik Moon cam nak pukul je budak kecil tu, yelah kalau budak kecil tu tak terpegang tangan si Gin, tentu Gin tak hilang dan mampu bersama lama sikit dengan Hotaru).


Bersama-sama dari kecil hingga besar :')
Akhir Kata
Sampai sini sahaja untuk kali ini, semoga kita ketemu di entri akan datang~ tata titi tutu~~


Nota kaki

Sumber Gambar
google image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan