Ahad, 17 April 2016

Macross Delta




"MUSIC IS MAGIC
  MUSIC IS LOVE
  MUSIC IS HOPE
  MUSIC IS LIFE
  Lend an ear to the song of the goddess!"

(petikan kata-kata dari Walkure)

Assalamualaikum, apa khabar pada semua pembaca~ Harap semuanya sihat sejahtera, almaklumlah dengan keadaan cuaca yang tak menentu diri kita mudah didatangi penyakit. Kali ni saya nak perkenalkan dengan anda semua dengan satu siri anime yang sangat tidak asing lagi dalam genre mecha, kali ni siri itu telah mengeluarkan anime yang bertajuk Macross Delta. 

Genre 
Action, Science fiction, Mecha

Tema
Makhluk asing, Cinta, Angkasa Lepas

Episod
Prologue (31 Disember 2015)
Yang terkini baru episod 3 (masih disiarkan)

Pengenalan
Macross Delta adalah pada tahun 2067 iaitu 8 tahun selepas kejadian Macross Frontier. Galaksi telah dikejutkan dengan Sindrom Var dimana manusia yang menghidapinya akan bertukar menjadi amuk (berserk). Oleh itu, satu squad yang terdiri daripada idol yang berbakat telah ditubuhkan dalam mengatasi sindrom ini. Squad tersebut dikenali sebagai Walkure yang menggunakan kuasa lagu untuk menenangkan insan yang dijangkiti sindrom ni, mereka telah dibantu oleh Delta Squadron iaitu kumpulan juruterbang Valkyrie yang berpengalaman. Walkure dan Delta Squadron berganding bahu menangani sindrom ni namun terdapat campurtangan kumpulan misteri iaitu Aerial Knights Valkyrie Fighter dari Kingdom of Wind.

Karakter


Nama: Hayate Immelman
Umur: 17 tahun
Seiyuu: Yuma Uchida
Memiliki daya rentak lagu yang hebat, memakai pendant yang diberikan oleh ayahnya sambil berlegar-legar di galaksi. Di hari terakhir dia bekerja dia ( dia pandu forklift siap menari2 forklift tu) dia telah terjumpa dengan Freyja Wion dan menyelamatkan Freyja Wion daripada ditangkap.


Nama: Freyja Wion
Umur: 14 tahun
Seiyuu: Minori Suzuki
Melarikan diri daripada perkahwinan yang diatur. Seorang Windermerian, iaitu humonoid yang memiliki kelebihan yang tersendiri. 

Nama: Mirage Farina Jenius
Umur: 18 tahun
Seiyuu: Asami Seto
Satu-satunya juruterbang tunggal wanita dalam Delta Squadron. anak sedara kepada Mylene (Macross 7), cucu kepada Max dan Milia Jenus (Macross).
Dari kiri: Freyja, Hayate, Mirage


Walkure
                       
                                  

Mikumo Guynemer
Seiyuu: Ami Koshimizu
Nyanyian: JUNNA

Kaname Buccaneer
Seiyuu:Kiyono Yasuno

Makina Nakajima
Seiyuu: Nozomi Nishida

Reina Prowler
Seiyuu: Nao Tayama

Delta Squadron

Chuck Mustang
Seiyuu: Shinji Kawada

Messer Ihlefeld
Seiyuu: Koki Uchiyama

Arad Molders
Seiyuu: Toshiyuki Morikawa

Ernest Johnson
Seiyuu: Unsho Ishizuka

Aerial Knight 


Roid Brehm
Seiyuu: Kaito Ishikawa

Keith Aero Windermere
Seiyuu: Ryohei Kimura

Bogue Con Vaart
Seiyuu: KENN

Theo dan Xao Jussila
Seiyuu: Kei Minegeshi 


Valkyrie
Dalam Macross Delta, VF 31 Siegred telah digunakan oleh Delta Squodron.



Manakala SV 262 digunakan oleh Aerial Knight



Pandangan
Ramai penonton diluar sana mengatakan Macross Delta tidak begitu menyengat dek kerana konsep kumpulan idol macam anime Love Live..tapi bagi saya, Macross Delta ada keunikannya yang tersendiri. Memang la kalau nak dibandingkan dengan siri Macross terdahulu terdapat perbezaan yang ketara dalam penyampaian anime ni. Bagi saya anime ni adil bagi penonton sebab kalau lelaki boleh meminati Walkure manakala penonton perempuan boleh meminati Aerial Knight.. Cantik dan lawa gitu..hohoho.. Storyline stakat ni masih belum berkembang sebab masih ongoing..jadi korang, jum! follow anime ni

Ohya sape2 yang nak join lagu ni di Smule..bole je ke pi ke akaun saya CikMoon90 untuk nyanyi bersama-sama.. hehehee... jangan lupa add saya di Smule (>.~)v

Baiklah, sampai sini sahaja coretan Cik Moon, semoga kita berjumpa lagi~~ 

Nota Kaki
Sumber Gambar
Google image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan