Ahad, 31 Julai 2016

Danna Ga Nani


Assalamualaikum, apa khabar semua~ Tak sangka cepat masa berlalu nak masuk bulan Ogos pulak. harap semua pembaca Dunia Anime Cik Moon berada dalam keadaan sihat walafiat. Anime kali ini yang dipilih adalah Danna Ga Nani atau nama penuhnya Danna Ga Nani O Itteiru Ka Wakaranai Ken (I Cant Understand What My Husband is Saying). Cerita ni sangat menarik bagi saya. Jum kita teruskan membaca.

Genre
Comedy, Slice of Life

Episod
Season 1 (13episod)
Season 2 (13 episod)

Durasi
15 minit per episod

Sinopsis
Kisah ini berkaitan kehidupan pasangan suami isteri, Kaoru dan Hajime. Kaoru seorang wanita yang bekerja di pejabat dan suaminya, Hajime seorang Otaku tegar. Anime ini memaparkan kehidupan seharian antara wanita normal yang hidup bersama seorang otaku. Banyak perkara baharu terutama terma-terma otaku yang dipelajari.


Karakter




  • Nama: Kaoru
  • Seiyuu: Yukari Tamura
  • Isteri kepada Hajime. 
  • Berumur 25 tahun
  • Sedang menyesuaikan diri bersama kehidupan otaku

  • Nama: Hajime
  • Seiyuu: Kenichi Suzumura
  • Suami kepada Kaoru
  • Berumur 23 tahun
  • Seorang Otaku dan memulakan pekerjaan sebagai blogger. Kini bekerja sebagai Web Designer

Apa yang menarik?
Masa mula-mula diperkenalkan anime ni oleh Kawaii Titan(bukan nama sebenar), ingat macam tak berapa menarik. Yelah dengan nama tajuk yang panjang, susah kot nak menyebutnya. Jadi persepsi mula-mula tu memang tidaklah tinggi. Tapi selepas tengok episod satu, memang rasa teruja sangat sebab jalan ceritanya yang menarik dan sweet. 

1. Kehidupan bersama dengan seorang Otaku
Inilah yang dihadapi oleh Kaoru apabila berkahwin dengan pemuda yang Otaku (peminat anime, game, figura). Pada mulanya, Kaoru mengalami kejanggalan, yelah tidak memahami sesetengah ayat suaminya yang suka mengaitkan dengan anime atau game. 

Di hari perkahwinan mereka

2.Menerima dengan baik perubahan yang berlaku
Walaupun Hajime seorang otaku, Kaoru tidak pernah menyuruh suaminya meninggalkan minat yang dia sukai. Kaoru berusaha untuk belajar memahami dan Hajime juga cuba memperbaiki kehidupannya dengan mencari pekerjaan yang tetap. Akhirnya dia berjaya bekerja sebagai Web Designer

3.Sabar dengan perangai suami
Kaoru yang normal memang bersabar dengan perangai suaminya yang kadang-kadang agak keterlaluan apabila bercakap mengenai anime, game atau figura. Hajime juga suka mengaitkan anime-anime dalam percakapan mereka seharian. haha.. siap ada parodi lagi.



Waifu memang wajib ada bagi peminat anime lelaki
Parodi Evangelion pun ada. Hahaha

4.Komedi
Anime ni memang banyak meletakkan unsur komedi. Selain daripada itu, unsur romantik juga diterapkan almaklumlah anime ni pasal pasangan yang berkahwin. Memang sweet lah..Tapi tak dinafikan tak kering gusi dengan kisah tambahan ( kisah kawan-kawan mereka berdua yang turut mengalami penyesuaian diri dengan pasangan masing-masing)

5.Menasihati dan Memperbaiki diri
Kaoru seorang perokok dan peminum alkohol tegar. Disebabkan sikapnya itu, Kaoru boleh berubah sikap jika dia didalam keadaan separa sedar (pengambilan alkohol yang banyak).   Hajime sangat risau lagi-lagi isterinya mengandung dan dia telah mula menasihati isterinya dan sedikit demi sedikit Kaoru berubah untuk menjadi isteri dan ibu yang baik. 




6. Durasi episod
Durasi episod yang pendek dimana 1 episod adalah 15 minit. Memang memudahkan dan menjimatkan masa (bagi saya la). Walaupun durasi episod singkat tapi mesej dapat disampaikan dengan baik. 

Akhir kata
Cik Moon rasa anime ni sangat sesuai ditonton oleh semua, lagi-lagi pasangan yang mengalami situasi yang sama seperti Kaoru dan Hajime. Kehidupan seorang wanita yang bukan otaku bersama seorang lelaki yang otaku. Baiklah sampai disini sahaja coretan kali ini. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca. :D

Nota Kaki
Sumber imej dari Google Imej

Khamis, 28 Julai 2016

Pet Shop of Horrors


Assalamualaikum~ salam sejahtera diucapkan pada semua pembaca. Harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Pejam celik pejam celik da masuk 5 bulan Cik Moon membuat review anime. Harap semua pembaca menyukai nukilan saya ini.. cewaahh..hehe.. Baiklah, kita ke anime yang hendak direview, anime yang dipilih adalah Pet Shop of Horrors. Hoho... tajuk pun da menyeramkan. Mari kita teruskan pembacaan~

Genre
Horror ,Mystery

Episod
4

Tahun
1999

Studio
MadHouse

Sinopsis
Count D adalah seorang penjaga haiwan yang misteri. Kedai haiwan tersebut terletak di Chinatown, Los Angeles. Setiap haiwan pemeliharaan Count D adalah sangat unik dimana haiwan tersebut menyerupai manusia. Namun haiwan-haiwan ini mempunyai 3 ciri apabila kontrak dibuat. Terdapat 3 ciri dalam perjanjian tersebut. Yang pertama, haiwan yang dibeli tidak boleh ditunjukkan pada sesiapa. Yang kedua, jika melanggar kontrak, haiwan tersebut akan berubah menjadi sesuatu yang menakutkan. Yang ketiga, jika berlaku apa-apa pada pembeli pihak Count D tidak akan bertanggungjawab.


Watak Utama



  • Nama: Count D
  • Pemilik kedai haiwan
  • Motto kedai tersebut "Kami tidak menjual haiwan semata-mata tetapi lebih kepada cinta, mimpi dan harapan'
  • Seorang yang tenang dan lemah lembut ketika berbicara.
  • Sering bersama dengan haiwan pemiliharaannya.
  • Jarang berkomunikasi dengan dunia luar



Ringkasan episod

Episod 1 : Daughter
Sepasang suami isteri kematian satu-satunya anak mereka yang bernama Alice. Count D berjaya menemukan pasangan tersebut dengan seekor arnab yang mirip dengan anak mereka. Pasangan tersebut terlampau gembira lalu membawa arnab tersebut ke rumah. Namun sesuatu yang tidak diingini berlaku ketika mereka berada dirumah.

Seekor arnab berbentuk manusia?? 


Episod 2: Delicious
Seorang penyanyi popular bernama Evangeline Blue dan pengurusnya Jason bakal berkahwin di sebuah kapal mewah. Namun begitu Evangeline didapati tergelincir ke dalam laut daripada kapal tersebut dan mayatnya tidak dapat dijumpai. Jason yang patah hati telah mengembara ke Chinatown untuk mengambil haiwan yang telah dibeli oleh Evangeline. Yang mengejutkan, haiwan tersebut adalah seekor ikan duyung yang cantik dan memiliki raut wajah sama seperti Evangeline

Episod 3: Despair
Pelakon Robin Hendrix merupakan pelakon yang terkenal melalui satu watak yang dilakonkannya. Selepas debut filemnya yang sangat fenomena, Robin tidak dapat tawaran lakonan kerana dia sangat stereotaip dengan lakonan yang sebelum ini. Dia sangat taksub dengan lakonan tersebut sehingga menyebabkan isterinya meninggalkan dia. Robin sangat suka dengan reptilia. Dia telah pergi ke kedai Count D dan membeli haiwan reptilia untuk menaikkan semula semangatnya. Count D telah memberinya reptilia yang sangat istimewa dikenali sebagai Medusa, dimana dibahagian atas adalah berupa wanita yang cantik dan dibahagian bawah adalah ekor reptilia yang sangat besar. 

Medusa


Episod 4: Dual
Roger Stanford seorang ahli politik yang berjaya namun merupakan dia tidak disenangi oleh ahli keluarganya kerana sikapnya yang kaki perempuan dan tidak keperihatinannya, Pembantu yang setia padanya, Kelly Vincent ingin menjadikan Roger sebagai presiden Amerika Syarikat walaupun dia terpaksa membuat perjanjian dengan haiwan lagenda yang dikenali sebagai Kirin. Count D mengatakan bahawa mempunyai satu-satunya haiwan lagenda tersebut.

Pandangan Cik Moon
Bagi saya, anime ni antara genre seram kesukaan saya. Antara yang menarik adalah:

  • Elemen kegelapan dan seram
     Elemen kegelapan dan seram  ditonjolkan dengan sangat baik. Warna dan latar belakang siri memang mempamerkan elemen-elemen tersebut. Sayangnya.. siri ini hanya diterbitkan sebagai OVA sahaja selebihnya kena baca manga.
  • Gabungan haiwan dan manusia
    Gabungan bentuk manusia dan haiwan dilukiskan dengan cantik dan kemas
  • Jalan cerita
    Jalan cerita setiap episod berbeza dengan satu sama lain. Jadi tidak akan ada kecelaruan jalan cerita untuk OVA ni.
Cik Moon belanja gambar~hohoho

Elemen gore memang ditonjolkan

Anak-anak siapakah ini??

Akhir kata
Baiklah sampai disini sahaja coretan Cik Moon. Semoga kita ketemu lagi~~ :D

Nota Kaki
Sumber gambar adalah dari Google Image

Rabu, 20 Julai 2016

Sakamoto desu ga?



Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar para pembaca Dunia Anime Cik Moon? Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..Agak lama saya tak update anime untuk di review.. almaklumlah cuti raya..hahaha..baiklah kita kembali ke topik review anime kita kali ini.. Anime yang dipilih adalah Sakamoto desu ga?

Genre
Comedy

Tema
Delinquent, School

Episod
12

Sinopsis
Kisah berkenaan seorang pelajar lelaki bernama Sakamoto yang merupakan seorang genius dan disukai oleh semua pelajar tidak kira lelaki atau perempuan. Dalam apa jua keadaan sekalipun, susah, senang atau pelik, Sakamoto mampu menghadapinya dengan penuh 'cool'~~

Karakter


Sakamoto
Seiyuu: Hikaru Midorikawa

Inilah dia watak utama dalam anime ni. Apa yang utama tentang Sakamoto ialah sikap cool nya tak kira apa jua keadaan. Namun begitu, Sakamoto juga menolong kawan-kawan yang dalam kesusahan. Nampak macam dia tak ambil peduli tapi sebenarnya dia sentiasa memberi pertolongan kepada sesiapa yang meminta pertolongan dari dia. Menggunakan pelbagai teknik rahsia untuk menyelesaikan masalah. 


Yoshinobu Kubota
Seiyuu: Akira Ishida

Kawan kepada Sakamoto. Sebenarnya Kubota ni dibuli, Sakamoto yang membantu dia untuk bangkit dari terus dibuli. markah ujian pun bertambah baik bila dia berkawan dengan Sakamoto. Banyak dia belajar dari Sakamoto. Kubota ni bersikap menyendiri kerana ketidakyakinan pada dirinya( masa sebelum kenal Sakamoto) namun ianya berubah semenjak dia bersama dengan Sakamoto. 



Yuya Sera
Seiyuu: Showtaro Morikubo

Rakan sekelas Sakamoto. Masa mula-mula, Sera memang tak suka dengan Sakamoto sebab Sakamoto ni amik perhatian pelajar-pelajar dalam kelas. oh ya, Sera ni seorang model dulu. Setelah kejadian lebah dalam kelas, Sera telah berubah untuk menjadi ahli komedi di kelasnya.



Atsushi Maeda 
Seiyuu: Tomokazu Sugita

Rakan sekelas Sakamoto juga tapi dia ni dalam kategori budak nakal atau gangster la juga. Dia ada 2 orang anak buah yang ikut dia mana dia pergi. Atsushi atau lebih dikenali sebagai Acchan, memang tak suka pada Sakamoto. Dia dan anak buah dia merancang nak kenakan Sakamoto, namun begitu rancangan mereka gagal. Acchan dan anak buah mengagumi dengan kebolehan Sakamoto.


Aina Kuronuma
Seiyuu: Yui Horie

Rakan sekelas Sakamoto. Meminati Sakamoto. Aina ni terkenal dalam kalangan pelajar lelaki tapi Aina tetap suka dengan Sakamoto, malangnya Sakamoto tak layan dia walau pelbagai teknik menggoda lelaki digunakan. 

Apa yang menarik tentang Sakamoto desu ga?


  • Lawak di setiap episod
    Setiap episod memiliki cerita yang berlainan. Memang akan gelak ketawa dengan lawak yang disampaikan. Kadang-kadang tak munasabah juga apa yang dia buat, tapi memang lawak betul lah.
  • Kegilaan terlampau
    Peminat Sakamoto tak kira umur, tak kira budak sekolah, pelajar universiti atau mak orang, nenek, semua minat dengan dia.. ahaha hebat betul penangan si Sakamoto ni. Paling kelakar episod mak Kubota menyamar sebagai Kubota untuk bersama-sama dengan Sakamoto disekolah, mak Kubota ni terpengaruh dengan drama korea, hahaha,, memang kelakar part ost lagu drama korea tu dimainkan masa dalam anime ni. 
  • Teknik Rahsia yang pelik tapi berkesan
    Sakamoto akan menggunakan teknik rahsia dia untuk menyelesaikan masalah. Memang pelik kalau dengar nama teknik tu, apapun kesemua teknik tersebut berjaya membantu Sakamoto dalam masalah yang dihadapi.
  • Sangat tenang hadapi masalah
    Sakamoto ni sangat tenang dalam menghadapi segala macam masalah. Motto Cool olehnya sentiasa digayakan dengan amat sempurna. Disebabkan kelakuannya itu, ramai yang cemburu tak juga yang tergila-gilakan Sakamoto. Tak kira atas pokok, dalam tandas, sedang menyapu, minum air semua dilakukan dengan penuh 'cool'. Haha tergelak abis tengok si Sakamoto ni.
Akhir kata

Anime ni sangat sesuai kalau nak rehatkan minda, dimana banyak unsur komedi. Jalan cerita tak rumit dan berat. Kalau ada masa terluang, boleh la tengok Sakamoto desu ga. Baiklah sampai disini coretan saya. Semoga ketemu lagi~~

Nota Kaki
Sumber gambar dari Google Image

Khamis, 23 Jun 2016

Wolf Children

                                         
                                                        


Assalamualaikum, salam ramadan. pejam celik da masuk minggu ke-3 kita menunaikan ibadah puasa. Harap semua pembaca Dunia Anime Cik Moon dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik. Baiklah berbalik pada review anime, kali ini saya akan review anime yang bertajuk Wolf Children. Wolf Children adalah movie anime yang disiarkan pada tahun 2012 oleh studio Madhouse.

Genre
Drama, supernatural, romance

Tema
Kekeluargaan, Serigala

Durasi
1 jam 57 minit

Sinopsis
Hana yang berumur 19 tahun telah jatuh hati pada seorang lelaki yang merupakan serigala jadian. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yuki dan Ame. Mereka tidak bercampur dengan komuniti setempat di bandar dek kerana tidak mahu rahsia mereka terbongkar. Namun kecelakaan berlaku, apabila lelaki serigala jadian itu meninggal dunia ketika sedang memburu makanan untuk Hana yang dalam proses sembuh selepas bersalin anak mereka yang kedua iaitu Ame. Bermulalah kisah Hana sebagai ibu tunggal membesarkan anaknya selama 13 tahun yang mana kisah ini diceritakan oleh anaknya (yuki jadi penglipur lara).

Karakter
                                               
                                                              


  • Nama: Hana
  • Seorang pelajar universiti semasa dia jatuh cinta dengan lelaki serigala jadian 
  • Kuat semangat
  • Penyayang
  • Suka membaca buku
  • Penyabar selain berusaha untuk membesarkan Yuki dan Ame
                
                                                
  • Nama: Yuki
  • Anak yang pertama
  • Seorang yang ceria, bertenaga,
  • Boleh bertukar menjadi serigala
  • Suka dengan alam sekitar semasa kecil namun berubah bila meningkat remaja
                                                             
                                                 
     
  • Nama: Ame
  • Anak yang kedua
  • Seorang yang pendiam
  • Tidak suka akan alam sekitar namun berubah bila meningkat remaja
  • Boleh bertukar menjadi serigala
                                          

                                                 

  • Nama: Tak diketahui
  • Lelaki serigala yang mencintai Hana
  • Bapa kepada Yuki dan Ame
  • Bekerja keras menyara keluarga
  • Suka membaca buku      
Menarik ke cerita ni?

Bagi Cik Moon, cerita Wolf Children sangat menarik terutama dari sudut jalan ceritanya. Wolf Children memfokuskan kekeluargaan yang mana mempunyai keistimewaan dimana mampu bertukar menjadi serigala. Untuk makluman semua, ayah kepada Yuki dan Ame adalah waris tunggal kepada generasi serigala jadian ini, tetapi setelah berkenalan dengan Hana maka generasi serigala jadian ini dapat diperturunkan kepada Yuki dan Ame. 

Pada mulanya agak perlahan cerita ni, tapi masuk pertengahan terutama masa kematian ayah mereka, plot cerita berkembang dengan baik. Paling Cik Moon suka bila Yuki dan Ame meningkat remaja, memang nampak perubahan dari segi sikap dan tingkahlaku. Selain itu, mereka juga membuat keputusan tentang apa yang mereka mahukan iaitu sama ada hendak menjalani kehidupan manusia atau menjalani kehidupan serigala.

Yang menarik perhatian saya juga ialah pemandangan terutama alam sekitarnya yang terdiri daripada gunung-ganang, flora dan fauna sangat cantik untuk dilihat. 

KenakalanYuki dan Ame memang membuatkan cerita ni terserlah kecomelannya. Habis satu rumah kalau mereka dua buat hal. Memang Hana punya tahap kesabaran level tinggi.. Hehehe

                                       


Nilai-nilai yang diterapkan
  1. Kesabaran
    Hana sangat penyabar dalam mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal untuk membesarkan 2 anaknya yang berbeza dari kanak-kanak normal kerana Yuki dan Ame boleh berubah menjadi serigala. Disebabkan ini, Hana terpaksa berpindah ke pedalaman supaya kejadian anak-anaknya ini tidak diketahui oleh sesiapa.
  2. Mencuba sesuatu yang baru
    Ketika bercucuk tanam, pelbagai teknik Hana gunakan hasil daripada buku yang dibaca. Selain itu, Hana juga mendapat tunjuk ajar daripada orang kampung untuk bercucuk tanam dan dia mengikut apa jua yang diajar padanya.
  3. Memberi sokongan pada anak-anak
    Hana adalah seorang ibu yang sentiasa memberi sokongan pada anak-anak. Terutama dalam keputusan anak-anak mereka sama ada hendak meneruskan kehidupan sebagai manusia atau sebagai serigala. Bagi Hana. masa depan tersebut bergantung pada anak itu sendiri untuk mereka menjadi apa yang mereka mahu.
  4. Kasih sayang
    Nilai kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya. Hana tidak pernah mengeluh atau menghina anak-anak istimewanya bahkan dia membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang serta menyediakan segala keperluan.
Rangkul Anugerah
Animasi ini merangkul beberapa anugerah dalam Jepun serta antarabangsa. Antaranya:
  • Japan Academy Prize for Animation of the Year
  • Mainichi Film Award for Best Animation Film
  • 2 anugerah di Oslo Film from the South di Norway
  • New York International Children's Film Festival untuk Audience Award
  • Home Media Magazine untuk Best Anime Disc

Sampai disini sahaja coretan Cik Moon, semoga ketemu lagi~ 

Nota Kaki
Sumber imej adalah daripada Google Image

Rabu, 15 Jun 2016

Dantalian No Shoka

 

Assalamualaikum, salam ramadhan~ Macamna dengan puasa anda semua pada minggu ini? Harap semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik. Kali ini Cik Moon nak review satu anime yang bertajuk Dantalian No Shoka atau The Mystic Archives of Dantalian.

Genre
Mystery, Fantasy, Gothic 

Episod
12

Sinopsis
Anime ini berlatarkan zaman selepas perang dunia pertama di England. Setelah kematian atuknya, Hugh Antony Disward atau dikenali sebagai Huey telah menerima satu kunci atas wasiat yang mana dia dikehendaki menjaga Bibliotheca Mystica de Dantalian demi mewarisi harta tinggalan atuknya.

Di rumah atuknya itu, dia berjumpa dengan seorang budak perempuan kecil (bernama Dalian) yang merupakan penjaga kepada Arkib yang mengandungi segala pengetahuan terlarang dikumpulkan dalam buku sihir  dikenali sebagai Phantom Books.

Setelah bersetuju menjadi PenjagaKunci Dalian yang terbaharu, Huey dan Dalian bersama-sama menyiasat kejadian yang disebabkan oleh salah guna kuasa Phantom Books ni. Kebanyakan kejadian salah guna ini membawa malapetaka dan sebab itulah Huey menggunakan kuasanya sebagai PenjagaKunci akan mengunci semula Phantom Books tersebut,

Karakter 


  • Hugh Antony Disward
  • Alih Suara: Daisuke Ono
  • Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja
  • PenjagaKunci Dalian yang baharu selepas mewarisi harta yang diwasiatkan oleh atuknya
  • Seorang yang tenang, menggalas tanggungjawab PenjagaKunci Dalian tanpa merungut atau berdolak dalih
                                          
  • Dalian 
  • Alih Suara: Miyuki Sawashiro
  • Dikenali sebagai Kuro no Yomihime atau Black Biblioprincess
  • Menjaga 900,666 Phantom Books
  • Bertubuh kecil, pemakaian ala-ala gothic gitu
  • Sikap agak tsundere
  • Suka manisan
  • Bersama dengan Huey dalam menyiasat penyalahgunaan Phantom Books
                                                           
  • Camilla Sauer Keynes
  • Alih Suara: Mamiko Noto
  • Kawan sekolah Huey
  • Seorang yang ceria
  • Bekerja sebagai guru selain memiliki sekolah sendiri, memiliki pengetahuan berkenaan Phantom Books selepas tragedi Books of Wisdom dan Books of Equivalent
  • Mengambil hati Dalian dengan menghidang manisan ketika mereka berjumpa
  • Mempunyai citarasa fesyen yang unik pada masa itu.

Menarik ke Dantalian no Shoka?
Bagi pendapat Cik Moon, setiap anime ada pro dan cons dia yang tersendiri. Bagi Cik Moon cerita Dantalian no Shoka mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

  1. Phantom Books:
     Anime ni fokus pada buku yang memiliki kuasa ajaib yang bernama Phantom Books. Jika disalahguna malapetaka bakal berlaku pada pengguna buku tersebut serta orang disekelilingnya.
  2. Penyiasatan:
     Huey dan Dalian akan menjalankan penyiasatan berkenaan salahguna Phantom Books di lokasi yang dilaporkan. Cara Huey menjalankan penyiasatan sangat profesional selain dia tenang dalam hadapi situasi yang mencemaskan. Dalian pula akan bersikap serius dalam hal berkenaan Phantom Books.
  3. Mistik:
    Unsur mistik memang diketengahkan, setiap episod akan dipaparkan kisah-kisah mistik.Ada juga raksasa dan makhluk yang dipaparkan. Selain itu, ada juga kisah yang gembira, ada kisah yang sedih, ada juga kisah yang menyeramkan. Huhu... memang setiap episod macam-macam cerita akan dipertontonkan, cewahh~ ahahaha.. apapun memang unik la Dantalian No Shoka ni sebab mengetengahkan konsep buku yang mempunyai kuasa.
  4. Cara lawan:Walaupun cerita ni nampak macam biasa je namun sebenarnya ada juga adegan lawan.  tapi bukanlah seperti Akame Ga Kill, Gulty Crown ke.. konsep perlawanan dia simple tapi ketepatan masa tu sangat penting. Huey perlu membaca beberapa rangkap dari buku yang Dalian berikan (mengikut kepada kes mereka siasat tu) sehingga musuh tersebut tewas.  Semua buku- buku ini adalah dalam arkib yang mengandungi 900,666 buku. Kesemua ini disimpan dalam diri Dalian.  


Huey menggunakan kunci agar Dalian memberinya jawapan utk tewaskan musuh
                Selepas mendapatnya Huey akan membaca buku tersebut.


Lagu
Anime ni mempunyai lagu yang unik. Opening dan Ending dia sangat berbeza genre. 

Opening: Cras Numquam Scire
Lagu ni sangatlah tenang. Tak silap lirik dia menggunakan bahasa latin lama. Di akhir lagu boleh dengar suara Huey membaca rangkap buku. Suara Huey sangat menarik perhatian memang sesuai Daisuke Ono jadi alih suaranya

Ending: Yes, Prisoner
Lagu ni sangatlah nak kata rock, tak juga, tapi elemen kegelapan tu memang ada. Seram la juga~ huhuhu... Tak silap memang ditunjukkan MV dia setiap episod masa lagu dimainkan.
                                                
Akhir Kata
Sampai sinilah coretan Cik Moon, semoga kita ketemu lagi di entri akan datang~ tata titi tutu~

Nota Kaki
Sumber image adalah daripada Google Image

Jumaat, 10 Jun 2016

Usagi Drop

                                     
                                        

Assalamualaikum pada semua pembaca Dunia Anime Cik Moon, salam ramadhan al mubarak saya ucapkan. Kali ini, Cik Moon akan review satu anime ini yang bertajuk  Usagi Drop. Pada pendapat anda, kalaulah anda ada makcik yang beza 24 tahun muda dan anda kena jaga makcik tersebut, apa yang akan anda buat?? Ikuti kisah yang menarik dan mencuit hati ini.


Genre
Comedy, Drama, Slice of Life

Episod
11

Sinopsis
Apabila Daikichi yang berumur 30 tahun pulang dari pengebumian atuknya, dia mendapat tahu atuknya mempunyai anak yang berumur 6 tahun yang bernama Rin. Semua ahli keluarga menganggap Rin membawa malang. Daikichi rasa menyampah dengan sikap sedara maranya lalu mengambil dan menjaga Rin. Setelah Rin menjadi sebahagian daripada hidupnya, barulah Daikichi merasai kehidupan sebagai bapa tunggal.

Karakter

Daikichi Kawachi


-Berumur 30 tahun
-Menjaga Rin yang merupakan makciknya
-Seorang yang bekerja keras
-Pekerja terbaik di jabatan tempat dia kerja


Rin Kaga


-Berumur 6 tahun
-Anak kepada datuk Daikichi dengan seorang mangaka bernama Masako.
-Masako telah meninggalkan Rin dirumah atuk Daikichi demi mengejar cita-citanya menjadi seorang  mengaka.

Kouki Nitani


-Budak lelaki yang sama-sama taska dengan Rin. 
-Mula-mula dia tak nak berkawan namun lama kelamaan dia berkawan baik dengan Rin

Yukari Nitani


-Ibu kepada Kouki
-Berumur 32 tahun
-Membantu Daikichi dalam beri tips penjagaan anak-anak

Menarik ke Usagi Drop ni?
Bagi pendapat Cik Moon ada beberapa unsur yang baik ditonjolkan dalam anime ni,antaranya:


  • Sikap tanggungjawab
  • Perubahan sikap yang lebih baik
  • Kesabaran
  • Sentiasa mencari jalan penyelesaian
  • Kekeluargaan
1. Sikap Tanggungjawab
Yang ni memang jelas terpancar pada karakter Daikichi dimana dia sanggup menjaga Rin walaupun Daikichi belum berumahtangga. Ramai ahli keluarga lepas tangan dalam menjaga Rin kerana menganggap Rin sebagai membawa malang dalam keluarga mereka. 

2. Perubahan sikap yang lebih baik
Daikichi yang sebelum ni suka minum minuman keras, keluar dengan rakan-rakan telah meninggalkan segala tabiat ini setelah kemunculan Rin. Dia sentiasa berfikir tindakan dia akan mempengaruhi anak tersebut. Jadi dia harus menunjukkan contoh yang terbaik pada Rin.

3. Kesabaran
Rin seorang kanak-kanak yang keras kepala, ada saja yang Daikichi buat tidak kena dimatanya namun sikap kesabaran Daikichi telah membuatkan Rin mula patuh dan mengikut arahan Daikichi sehingga menganggap Daikichi seperti ayahnya sendiri.

4. Sentiasa mencari jalan penyelesaian
Daikichi yang belum pernah berumahtangga mengalami kesukaran dalam penjagaan kanak-kanak pada mulanya. Jadi Daikichi sentiasa mencari jalan penyelesaian dalam menghadapi masalah yang dialaminya. Dia akan sentiasa bertanya kepada rakan sekerjanya untuk mengetahui keperluan yang perlu ada. Selain itu, dia juga bertanya kepada ibu Kouki iaitu Yukari untuk mendapatkan tips penjagaan anak-anak. 

5. Kekeluargaan
Anime ni memang fokus pada kekeluargaan. Daikichi sanggup menjaga Rin yang mana seluruh ahli keluarga membenci kewujudannya dan mereka hendak menghantar Rin ke rumah anak yatim. Daikichi tidak sanggup melihat anak kecil tersebut diperlakukan demikian kerana Daikichi tahu keluarga amat penting dalam kehidupan.

Anime ni memang sesuai untuk tontonan semua peringkat umur tak kira tua atau muda. Untuk peminat ecchi harap maaf sebab anime ni tiada elemen ecchi. hehehehe.. jangan marah ye. Dari sudut perkembangan cerita, Usagi Drop ini berkembang agak perlahan namun bila da sampai pertengahan cerita, memang menarik untuk kita tengok. Bagi Cik Moon sendiri, agak kagum juga bila ada cerita macam ni, membuka mata yang mana seorang lelaki bujang sanggup nak menjaga anak kecil. Yelah seperti yang kita tahu nak menjaga anak perlukan komitmen yang tinggi. Sekurang-kurangnya anime ini menyangkal yang lelaki bujang tidak boleh membesarkan kanak-kanak.. cewaahh~~ 

Baiklah sampai disini sahaja coretan Cik Moon semoga ketemu lagi.. 
                                               

Nota Kaki
Sumber gambar adalah dari google image

Ahad, 5 Jun 2016

Aku no Hana

                                                       

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca Dunia Anime Cik Moon. Untuk review anime kali ini, Cik Moon akan me'review' satu anime yang bertajuk Aku No Hana atau The Flover of Evil. Anime diperkenalkan oleh rakan saya. Kawaii Titan nama sebenar dirahsiakan.. hehehee...Kawaii Titan telah meminta saya untuk tengok dan review anime. Saya akan tunaikan dan ini adalah review saya berkenaan anime ini.

Genre
Bildungroman, drama, psychological thriller

Episod
13

Pengenalan
Takao sangat memuja rakan sekelasnya yang bernama Saeki. Bagi Takao Saeki ibarat bidadari dari langit yang sangat indah. Namun pada suatu petang, Takao terlupa akan bukunya dikelas, semasa dikelas. dia mengambil baju gim Saeki walaupun dia teragak-agak. Keesokkannya Takao hendak memulangkan semula baju gim tersebut (sementara rakan sekelas lain tak tahu) namun telah dihalang oleh Nakamura kerana Nakamura tahu yang Takao mengambilnya dan menganggap Takao seorang hentai. Nakamura mengugut Takao akan beritahu Saeki dan menyuruh Takao membuat kontrak dengannya. Bermulalah satu perhubungan yang pelik antara mereka.


Karakter


Takao Kasuga
seorang ulat buku
suka sangat pada Saeki
pendiam dengan rakan-rakan, banyak bermonolog
tidak dapat membuat keputusan
cepat gelabah
mempunyai sikap jahat dalam dirinya yang dia tak tunjuk pada orang


Nanako Saeki
seorang pelajar pintar
disukai oleh rakan-rakan dalam kelas
menerima cinta dan sikap Takao (lepas Takao meluahkan perasaan)
comel orangnya


Sawa Nakamura 
pelajar yang pelik dalam kelas
pendiam
sering menggunakan perkataan kesat dalam kelas (bila orang bercakap dengan dia)
mempunyai sikap memberontak yang kuat
memanggil Takao hentai sebab dia tahu yang Takao mencuri baju gim Saeki
suka memerintah

Kenapa anime ini tidak mendapat sambutan?
Ramai yang mengatakan anime ini tidak menarik sebab lukisannya. Yelah kalau kita biasanya lihat kebanyakkan anime lain, watak anime mesti mata besar. bentuk fizikal yang terlampau manakala dalam Aku no Hana ia tidak begitu. Itu yang mengurangkan selera penonton untuk menengoknya. Selain daripada itu, jalan cerita yang agak rumit menyukarkan mesej untuk disampai pada para penonton. Penceritaan anime ini agak perlahan berbanding anime lain. Ini antara maklumbalas daripada orang yang menontonnya. 


Yang menarik dalam anime ini:
Ini bagi pendapat Cik Moon
-Sikap manusia
Aku no Hana telah memaparkan sikap manusia terutama isi hati atau naluri dalam diri dengan baik sekali. Keadaan ini kita boleh kaitkan dengan Teori Psikologi daripada Sigmund Freud iaitu Teori Iceberg yang mengatakan berkenaan naluri manusia ini. Seperti yang kita tahu, kita mempunyai isi hati berkenaan perkara yang tidak semua orang tahu. Walau sebaik atau sejahat mana seseorang itu, dia tidak akan terlepas dengan naluri atau isi hati. Namun seringkali naluri ini akan kalah dengan pemikiran semula tentang perkara tersebut. Sebagai contoh Takao, naluri dia mengatakan dia mahu baju gim tersebut, tetapi pemikirannya mengatakan tidak akhir sekali Takao ikut naluri atau kata hatinya untuk menyentuh baju gim tersebut. Buku Aku no Hana telah membuka satu dunia yang sangat gelap yang penuh kejahatan kepada Takao dan Takao merasakan itulah dirinya. 

-Teknik Rotoscoping
Anime ini telah menggunakan teknik rotoscoping yang pertama dalam animasi. Rotoscoping ialah mengambil semula segala gerak geri, suasana, tempat yang dilakonkan untuk dijadikan animasi. Aku no Hana dilakonkan oleh orang sebenar dan teknik rotoscoping digunakan untuk animasi.
Animasi dia sangatlah real. Teknik ini telah membuatkan animasi ini mampu menonjolkan ekspresi karakter dengan baik serta mesej yang mendalam. 

inilah teknik rotoscoping
-Jalan cerita
Jalan cerita Aku no Hana banyak kearah kegelapan dalam kehidupan. Unsur memberontak, degil, suka mengarah banyak dipaparkan. Memang tidak dapat dinafikan Takao merupakan watak yang lemah (seorang yang tidak pertahankan diri, senang dibuli, cepat gelabah, tidak dapat membuat keputusan). Takao dikatakan sedang melalui proses akil baligh (ini yang dikatakan oleh ayah Takao), jadi memang nampak la perkembangan sikap Takao dalam anime ini. Lagi-lagi apabila Nakamura sering menganggu hidupnya dengan mengugut dan memaksa Takao mengikut segala kemahuannya. Nakamura memang gadis yang pelik, mana taknya bila dia menyuruh Takao memakai baju gim Saeki semasa temujanji pertama Takao dengan Saeki. Namun setelah melalui kesemua 13 episod barulah nampak sebab Nakamura berbuat demikian. 

-Lagu
Lagu dalam anime ini sangat unik. Terutama lagu ending dia.. Tajuk dia A Last Flower. Memang naik bulu roma kalau dengar malam-malam. Lagu ni memang buatkan sifat yang dalam diri untuk bangun dari tidur.. sangat membangkitkan dengan nada yang seram, lagu ni sangat unik. Memang sesuai dengan anime ini. 

Kata Akhir
Baiklah sampai sini sahaja, coretan Cik Moon.. Semoga ketemu lagi di entri akan datang~~

Nota Kaki
Sumber Gambar daripada Google Image